Connect with us

Branded

Pergh! Patutlah Drama Lakorn Nampak Real! Mario Maurer Kongsi Royal Doctor Guna Khidmat Doktor Sebenar Di Set!

Selalu kalau tengok drama lakorn ni nampak real kan? Baik dari segi watak, aksi dan suasana pada sesuatu drama tu memang boleh feel! Sama la macam drama lakorn di Viu iaitu Royal Doctor yang menampilkan Mario Maurer dan Kimberley Anne Woltemas sebagai gandingan utama. 

Meskipun ini bukan gandingan yang pertama, namun Mario dan Kimberley masing-masing mempunyai pandangan dan pengalaman berbeza bagi drama terbaru ini. Haa, jom kami share dengan korang apa persoalan yang timbul dan kejadian di sebalik drama lakorn ini! 

Ketengahkan Perubatan Tradisional Thai, Royal Doctor Selit Hubungan Cinta Dua Zaman

1. Bagaimana anda mempersiapkan diri untuk watak anda?

Kimberley Anne Woltemas: Saya tak begitu banyak mempersiapkan diri kerana saya sebenarnya datang dari masa depan. Saya tak perlu menggunakan loghat Thai yang mereka gunakan pada zaman dahulu. Saya boleh juga bercakap dalam bahasa Inggeris. Dan saya boleh bercakap dalam bahasa Thai biasa.

Mario Maurer: Dalam drama ini, Thong-on merupakan seorang pelajar perubatan pada zaman lalu. Setiap kali kami pergi ke set, kami ada seorang doktor khas bersama kami. Kami macam pelajarnya. Mereka juga ada doktor sebenar yang datang ke sana dan bagi kami cadangan setiap kali kami melakukan penggambaran.

Begitulah saya menjiwai watak. Saya juga melihat keadaan sekeliling. Ada ramai doktor sebenar di set. Jadi mereka bagi saya cadangan, dan pada kebanyakan masa, saya memerhatikan mereka. Bagaimana perwatakan mereka dan bagaimana mereka merawat orang. Begitulah saya menjiwai watak Thong-on.

Kimberley Anne Woltemas Akui Cabaran Latih Mario Tentang Perubatan Dan Teknologi Masa Depan

Kredit gambar: Tiara Sephire

2. Babak apa yang anda rasa paling sukar dan kenapa?

Kimberley Anne Woltemas: Mungkin adegan-adegan yang dialognya panjang. Ya, apabila saya perlu bercakap mengenai anatomi dan tubuh manusia. Saya juga perlu mengajar Thong-on bagaimana kita menggunakan teknologi pada masa depan, bagaimana kita menggunakan perubatan, bagaimana kita melakukan pembedahan dan segalanya. Saya perlu menerangkan segala-galanya dalam drama ini. Jadi saya rasa itu perkara yang paling sukar.

Mario Maurer: Babak yang paling sukar bagi saya ialah babak di atas sampan. Saya berada di dalam sampan bersama Kimberley dan saya perlu mendayung sampan itu. Tapi saya ada masalah dengan otot saya di sini. Jadi saya tak dapat melakukannya dengan baik. Sangat sukar untuk saya mendayung. Ia sangat menyakitkan, tapi saya perlu mengawal sampan itu. Sampan itu sangat besar, jadi sangat sukar untuk mendayung sampan itu dalam air dan merakam pada masa yang sama dengan rakan pelakon saya. Saya sangat menghormati orang yang pandai mendayung sampan kerana ia sangat besar dan sukar untuk mengawal arahnya. Saya rasa akhir sekali, mereka suruh seseorang pergi ke bawah sampan dan memegangnya saja.

Kim Dan Mario Saling Melengkapi, Bersyukur Dapat  Bekerjasama Sekali Lagi 

3. Apa perasaan anda dapat  bekerjasama sekali lagi?

Kimberley Anne Woltemas: Mario sangat mengagumkan dan dia seorang yang baik. Sangat seronok untuk bekerja dengannya kerana dia mempunyai perangai yang lucu dalam kehidupan sebenar dan juga dalam drama ini. Dia ialah salah seorang pelakon lelaki utama kegemaran saya yang saya pernah bekerjasama.

Mario Maurer: Oh, ia sangat seronok untuk bekerja bersama Kimberley. Dia separuh Jerman seperti saya, dan sangat menyeronokkan untuk bekerjasama dengan dia. Dia sangat bertenaga. Tenaganya sentiasa penuh setiap hari. Apabila saya melakonkan babak dengan dia, saya berasa seperti saya dapat menjiwai watak. Dia banyak membantu saya. Sangat menyeronokkan untuk bekerja dengannya. Dia salah seorang pelakon paling baik yang saya.

Pengarah Yang Sangat Baik Dan Rakan Krew Yang Sempurna

4. Boleh kongsikan tentang pengarah? Bagaimana orangnya  dan bagaimana pula dengan keserasian antara barisan pelakon yang lain?

Kimberley Anne Woltemas: Semua pelakon dan krew saling melengkapi. Kami pernah menjalani penggambaran dalam “Thong Ek” dengan kebanyakan watak tapi ada juga watak-watak baharu dalam drama ini. Jadi ia sesuatu yang baharu dan perkara itulah yang lebih menyeronokkan untuk ditonton kerana lebih banyak watak berbanding dalam “Thong Ek”.

Mario Maurer: Chudapa ialah seorang pengarah yang sangat istimewa. Bagi saya, dia ialah seperti kakak dan guru saya. Dia banyak melakukan kajian tentang perubatan dan babak-babak memberikan bantuan tentang proses perubatan dan perkara-perkara sebegitu. Dia tahu apa yang dia mahu lakukan. Cara dia menyampaikannya kepada saya adalah sangat jelas. Saya rasa dia sangat membantu saya dengan watak ini.

3 Kata Kunci Gambarkan Kehebatan & Keseronokan Drama Royal Doctor

Kredit gambar: Mydramalist

5. Berikan tiga kata kunci penting bagi drama ini dan kenapa anda memilih perkataan-perkataan tersebut?

Kimberley Anne Woltemas: Seronok, menghiburkan, dan hebat.

Mario Maurer: Zaman, herba, dan istimewa. Zaman sebab ia berlaku pada Zaman Raja Rama III dan tak banyak drama yang menceritakan tentang Raja Rama III juga. Herba sebab drama kami menceritakan tentang herba dan perubatan, bukan? Ia sesuatu yang istimewa. Seperti  yang saya katakan, anda tak selalu dapat menonton drama begini dan tidak ramai yang memilih untuk membuat cerita tentang Zaman Raja Rama III.

Pengetahuan Mengenai Kaedah Perubatan Thai Turun Temurun,  Zaman Raja Rama III

6. Bolehkah anda beritahu kenapa kami tak patut terlepas menonton siri ini?

Kimberley Anne Woltemas: Anda tidak boleh terlepas menonton drama ini kerana ia sebuah drama yang sangat bagus dan menarik. Saya tak rasa anda selalu berpeluang untuk menonton sesuatu sama seperti ini. Jadi ia sesuatu yang benar-benar baharu. Watak-wataknya semua sangat menakjubkan, dengan pasukan produksi seperti ini, ia berbaloi untuk anda menontonnya. Seperti yang saya katakan, ia akan jadi lebih menarik dalam setiap episod.

Mario Maurer: Anda tak boleh terlepas menonton drama ni kerana ia sesuatu yang istimewa dan penuh dengan gaya Thai. Ia banyak menceritakan tentang perubatan pada Zaman Raja Rama III. Anda juga akan dapat banyak pengetahuan tentang herba Thai dan perubatan Thai pada masa itu.  Jadi anda tak boleh terlepas menontonnya.

“Peminat Malaysia Nantikan Kedatangan Saya”- Mario Maurer

7. Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada peminat di Malaysia?Adakah anda bercadang untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat?

Kimberley Anne Woltemas: Hello dan terima kasih atas segala sokongan yang kalian berikan kepada saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya benar-benar berharap dapat berjumpa dengan kalian tak lama lagi.

Mario Maurer:  Ya, kepada semua peminat Malaysia saya, saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kerana menyokong saya dan saya harap anda semua akan berpeluang untuk menonton “Royal Doctor” kerana ia sangat istimewa dan saya benar-benar berusaha keras. Seluruh krew pun berusaha keras.

Buat masa ini, saya tidak bercadang untuk ke Malaysia. Tapi sudah tentu saya ingin pergi ke Malaysia kerana saya tak mempunyai banyak peluang untuk ke sana dengan kerap. Jadi saya harap saya akan ada peluang untuk ke sana. Jadi terima kasih banyak-banyak. 

Wah! Lepas layan temu bual Mario dan Kim ni, min pulak yang excited nak tengok drama lakorn ni! Bukan selalu kami promote drama Lakorn ni tau! Jom langgan Viu  dan tonton drama Royal Doctor sekarang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial di Instagram, TikTok, Twitter dan Facebook serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

Hello Semua! Saya penulis editorial separuh masa bagi bahagian pemasaran. Semoga penulisan saya bermanfaat buat semua rakyat Malaysia! Terima kasih kerana sentiasa menyokong Oh!Media...

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas