Connect with us

Oh! Media

Akibat Dosa Silam, Nyawa Menjadi Tebusan! INI Drama Dark Fantasy Thriller Yang Sedang Hype Di Malaysia!

Branded

Akibat Dosa Silam, Nyawa Menjadi Tebusan! INI Drama Dark Fantasy Thriller Yang Sedang Hype Di Malaysia!

“Nenek, Nenek… Si Bongkok Tiga…”

Tidak dinafikan, setiap negara mempunyai cerita rakyat yang tersendiri. Sama seperti kita di Malaysia, korang pasti pernah dengar tentang kisah nenek bongkok tiga kan? Haa, bila dengar je lagu cerita legend ni dinyanyikan, memang meremang bulu roma!

Tapi korang tahu tak yang sebenarnya nenek bongkok tiga ni pun ada cerita tersendiri? Kenapa orang ramai takut pada dia? Jom kami kongsikan!

Ulasan Ringkas Drama Bersiri Nenek Bongkok Tiga

Siapa dekat sini yang follow drama bersiri Nenek Bongkok Tiga ni? Kami pun antara salah satu pengikut drama ni dari episod 1 hingga episod 8! Jom kami share sedikit ulasan tentang drama bersiri Viu Original ni!

Pada mulanya kami ingat yang drama bersiri ini adalah cerita seram. Mana tidaknya, kisah Nenek Bongkok Tiga sering kali dianggap sebagai salah satu cerita rakyat dengan imej yang seram. Tapi, bila kami tonton je drama ni, memang lain dari yang lain!

Kalau korang nak tau, kisah bermula apabila lapan anak muda bernama Zamir, Adi, Alis, Sani, Malia, Haikal, Mior dan Salim  yang secara tidak sengaja telah terperangkap di sebuah rumah agam di Bukit Luruh yang dihuni oleh makhluk bergelar ‘Tuan Tanah’. Bukan sahaja terperangkap dalam hutan, malah terpaksa menjadi tahanan kepada seorang Nenek tua! Pergh!

Part yang paling mindblown sekali, mereka kena settlekan cabaran yang diberikan oleh nenek untuk bebas, dan setiap kali cabaran itu mesti akan ada kabus tebal yang mengejar diorang dan waktu tu mereka akan teringat balik kesilapan silam yang pernah  mereka buat! Lagi satu, kami paling tak sangka part wanita nama Samira yang dah hilang lebih 60 tahun tiba-tiba muncul semula. Korang tak rasa pelik ke?

Hmm, kami rasa ni mesti rancangan Nenek untuk perangkap mereka dan menjadikan diorang ni pengganti Nenek atau santapan pada ‘Tuan Tanah’! Eee jahat betul!

Apa-apa pun, untuk episod 1 hingga 8 drama ni kami bagi 5 bintang!

Siapakah Yang Akan Bebas? Jangan Terlepas Dua Episod Akhir Yang Mendebarkan!

Korang rasa, mampukah Zamir, Adi, Alis, Sani dan Malia akan bebas dari tahanan Nenek serta mendapat pengampunan dari ‘Tuan Tanah’? Atau mereka akan terus diselubungi bayang-bayang dosa silam? Kalau nak tahu, korang WAJIB tonton drama ini di Viu!

Viu Original Nenek Bongkok Tiga ni dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Sherie Merlis, Sofea Jane dan ramai lagi. 

Memandangkan tinggal lagi 2 episod, jangan terlepas untuk mengetahui pengakhiran misteri Nenek Bongkok Tiga pada 30 Mac ini.

Tonton Seluruh Episod Nenek Bongkok Tiga Di Viu!

Taknak tengok sebab dah terlepas episod yang lalu? Nanti dulu! Korang boleh binge-watch seluruh episod Nenek Bongkok Tiga di platform penstriman Viu. Kami confirm drama ni memang lagi hebat dari drama ‘Papa Megah’!  Jadi, jangan lepaskan peluang untuk tonton drama ini di Viu!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial di Facebook, serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas