Connect with us

Oh! Media

LAST CALL!!! Ini Peluang Terakhir Korang Untuk Menang Tiket Konsert COLDPLAY Di Kuala Lumpur

Branded

LAST CALL!!! Ini Peluang Terakhir Korang Untuk Menang Tiket Konsert COLDPLAY Di Kuala Lumpur

“Dah takde ‘luck’ untuk beli tiket konsert COLDPLAY?”

Jangan kecewa lagi, mungkin ini adalah peluang terakhir untuk korang cuba nasib, untuk menang tiket menyaksikan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Kuala Lumpur dengan CIMB Bank.

Ya betul, korang tak salah baca, CIMB Bank nak bagi 50 pasang tiket untuk menyaksikan konsert COLDPLAY dengan syarat korang mestilah menjadi pelanggan CIMB dulu. 

Hanya perlu simpan, belanja & buat transaksi dengan CIMB

Jangan berlengah lagi, peluang nak menang senang je guys. Pertama korang mestilah menjadi pelanggan CIMB. Kemudian simpan atau belanja menggunakan kad debit/kredit CIMB atau buat transaksi melalui CIMB Clicks korang. 

Senarai kedai-kedai yang mengambil bahagian pun ada banyak pilihan dan sangat dikenali seperti IKEA, The Body Shop, 2nd Street, Dusun, La Juiceria Superfoods, Harvey Norman, Dyson, KLIA Express dan banyak lagilah. (RUJUK SENARAI PENIAGA DI SINI). 

Macam ni peluang sangat cerah dan mudahlah nak menang apabila korang belanja dari sekarang!

Mana yang baru buka akaun atau mohon kad debit/kredit dengan CIMB tu, jangan bimbang sebab korang juga masih ada peluang untuk menang, tapi jangan berlengah lagi.

Kriteria pemilihan pemenang adalah seperti berikut:

1. Tambah SIMPANAN di akaun CIMB setiap bulan (5x entri)

  • Setiap RM500 penambahan ke Akaun Semasa/Simpanan* CIMB berdasarkan Baki Akhir Bulanan Tambahan (MEB) berdasarkan Baki Purata Kempen (CAB) berbanding dengan baki akhir harian pada 30 Jun 2023 

*Akaun Semasa/Simpanan CIMB adalah dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

2. BERBELANJA dengan kad debit/credit

  1. Setiap perbelanjaan minimum Ringgit Malaysia Seratus (RM100) untuk Peruncit Gaya Hidup Lestari (5x entri) (RUJUK SENARAI PENIAGA DI SINI)
  2. Setiap perbelanjaan minimum Ringgit Malaysia Seratus (RM100) untuk Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak lain (termasuk perbelanjaan luar negara) (1x entri)

3. Setiap TRANSAKSI minimum RM30 untuk tambah nilai prabayar/JomPAY/FPX menggunakan aplikasi CIMB Clicks (1x entri)

Lebih banyak entri lebih besar peluang untuk menang!

Setiap bulan CIMB akan memilih  pemenang bertuah! 

Bulan pertama: Sepasang tiket CAT 3 (Standing Zone) x 5 pemenang

Bulan kedua: Sepasang tiket CAT 3 (Standing Zone) x 5 pemenang

Bulan ketiga: Sepasang tiket CAT 3 (Standing Zone) x 5 pemenang

Penyertaan tertinggi: Sepasang tiket untuk pakej VIP My Universe/tiket CAT 2 x 10 pemenang 

Kempen telah bermula sejak 20 Julai 2023 dan akan berakhir pada 19 Oktober 2023 dan pemenang untuk bulan pertama telah pun dipilih tau. Nantikan keputusannya! 

So, korang tunggu apa lagi? Takkan nak lepaskan peluang keemasan ni.

Jom cepat-cepat menyimpan, berbelanja dan buat transaksi sekarang dengan CIMB. Kempen CIMB X COLDPLAY MOTS tertakluk kepada terma dan syarat. Maklumat lanjut korang boleh layari www.cimb.com.my/wincoldplaytix.

Untuk info serta update terkini dari CIMB Bank, layari laman web rasmi CIMB Bank, Facebook, Instagram dan X.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas