Connect with us

Oh! Media

Laptop Pertama Sokong Aplikasi Mobile & Hadir Dengan Prestasi Terbaik! Ini 6 Sebab HUAWEI MateBook 14s Pilihan Tepat Pengguna

Branded

Laptop Pertama Sokong Aplikasi Mobile & Hadir Dengan Prestasi Terbaik! Ini 6 Sebab HUAWEI MateBook 14s Pilihan Tepat Pengguna

Waktu endemik ni, laptop menjadi satu keperluan penting bagi pelajar untuk meneruskan pembelajaran atas talian dan golongan bekerjaya yang bekerja dari rumah.

Tapi, korang puas hati ke dengan komputer riba korang? Haa, ni Oh! Media nak share sikit tentang laptop HUAWEI MateBook 14s dan ini 6 sebab kenapa korang wajib dapatkan Ultrabook ini sebagai keperluan harian.

1. Reka Bentuk Yang Elegan dan Bergaya

Bila kita bercakap pasal HUAWEI ni, benda pertama yang orang akan ingat adalah reka bentuk yang elegan. 

Keluaran terbaru ni tampil dengan paparan penuh dan bezel sisi yang kecil membuatkan pemandangan skrin korang lebih luas dan sedap mata memandang.

Bukan itu sahaja, resolusi laptop ni pun superb dengan paparan 2.5K HUAWEI FullView dan  ketumpatan pikselnya  213 ppi, yang mana ia boleh menyokong gambar dan video beresolusi tinggi, sekaligus memberikan paparan gambar dan video yang lebih smooth. 

Dan yang paling best, HUAWEI MateBook 14s ini hadir dengan  inovasi reka bentuk terbaru iaitu Laser Soldering, menggunakan kamera IR 720P pada bezel atasnya untuk memudahkan pengimbasan muka serta mengekalkan nisbah skrin yang tinggi sehingga 90%. 

2. Beri Keselesaan Pada Mata Walaupun Penggunaan Yang Lama

Yang coolnya, bila korang pakai komputer riba ni, ia boleh melaraskan cahaya skrin secara automatik berdasarkan tempat yang korang duduk sebab ia hadir dengan deria cahaya yang bagus serta pengesanan cahaya ambien yang berkualiti. 

Sistem Dual Eye Comfortnya yang termasuk Pensijilan TUV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) dan TUV Rheinland Flicker Free pula membantu mengurangkan kelelahan mata pengguna dengan mengurangkan cahaya biru merbahaya, serta tidak menjejaskan kualiti skrin. Haa, lepas ni korang dah tak payah risau nak hadap laptop lama-lama.

3. Performance Yang Laju Dan Menjimatkan Bateri

Kalau korang nak performance komputer riba yang laju, HUAWEI MateBook 14s adalah pilihan yang tepat untuk korang sebab ia menawarkan dua varian Intel iaitu Intel® Core™ i5-11300H dan Intel® Core™ i7-11370H yang performancenya laju.

Selain itu, Modal MateBook 14s yang dikuasakan oleh Intel® Core™ i7-11370H ini telah diiktiraf dengan piawaian Platform Intel® Evo™. Wow, menariknya!

Jadi, korang tak perlu risau lagi kalau nak hantar kerja, edit video ataupun gambar sebab dua varian Intel ini memang power.

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan penjimatan bateri laptop yang maksimum dengan penggunaan pocketable 90W power adapter dan menyokong HUAWEI SuperCharge setinggi 90W. Jadi, laptop korang boleh tahan selama 3 jam walaupun cas selama 15 minit je. Wow! 

4. Audio Yang Berkualiti Tinggi

Masalah audio daripada komputer riba seringkali berlaku apabila kita memasang suara pada paras yang tinggi dan adakalanya audio menjadi pecah. 

Dengan HUAWEI MateBook 14s, korang tak perlu risau lagi sebab ia hadir dengan empat pembesar suara dan Sound Field Reproduction yang sangat padu serta mempunyai empat mod audio yang korang boleh pilih untuk mendapatkan audio yang berkualiti. Sedaplah sikit bila korang nak layan lagu, tonton movie, main permainan video dan menjawab panggilan. 

Selain itu, ia juga hadir dengan empat mikrofon yang dapat membantu dalam pengesanan suara walaupun korang duduk 5 meter jauh daripada komputer. Hebatkan?

Bukan itu sahaja, HUAWEI MateBook 14s pun ada teknologi personal voice enhancement yang mana ia boleh menjadikan suara korang jelas didengari apabila bercakap menerusi panggilan video walaupun berada di tempat yang sesak. 

5. Memudahkan Kerja Dengan HUAWEI Share

Kalau korang ada banyak kerja nak kena hantar tapi tak boleh nak multitask, korang tak payah nak risau lagi sebab HUAWEI ada aplikasi yang boleh menghubungkan telefon pintar dan komputer riba korang. 

Dengan HUAWEI Share, korang boleh kongsi data file antara telefon pintar dan komputer riba dengan satu klik sahaja. Mudahkan?

Bukan itu sahaja, korang juga boleh mengakses sebarang aplikasi daripada telefon pintar dengan hanya menggunakkan komputer riba. Jimat sikit masa sebab korang tak perlu nak bertukar peranti lain. 

Tambahan pula, ia juga menyokong HUAWEI Share bersama dengan tablet HUAWEI, katakan korang nak cast screen atau mengakses file daripada komputer riba ke tablet, itu tidak akan menjadi masalah.  

6. Laptop Pertama Yang Menyokong Aplikasi Mobile

Haa, korang jangan terkejut kalau tiba-tiba korang boleh angkat call daripada komputer riba sahaja tau sebab HUAWEI MateBook 14s ni boleh sokong aplikasi daripada telefon pintar.

Ia merupakan komputer riba pertama yang menyokong aplikasi telefon pintar, yang mana korang boleh melihat aplikasi yang biasanya terdapat di telefon korang seperti grab dan WeChat dengan lebih besar dan luas di komputer riba sahaja! 

Jadi lepas ni korang dah tak perlu risau lagi kalau skrin telefon korang terlalu kecil untuk tengok video TikTok atau main permainan video sebab HUAWEI MateBook 14s ini dilengkapi dengan HUAWEI FullView. Baru la puas!

HUAWEI MateBook 14s, Komputer Riba Mengikut Pengedaran Zaman

HUAWEI MateBook 14s akan berada di pasaran tidak lama lagi, dan korang boleh pre-order komputer riba ni dengan harga serendah RM 4,999 dan korang boleh menikmati  hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,366. Hadiah yang ditawarkan termasuk HUAWEI Freebuds Pro, tetikus bluetooth HUAWEI, beg galas HUAWEI dan 1 tahun langganan untuk  Office 365. Wow, best betul dapat banyak barang free ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI MateBook 14s, korang boleh layari HUAWEI Store Online atau cari dekat HUAWEI Official Store di Shopee. Korang juga boleh dapatkan di HUAWEI Experience Store yang terdekat dengan korang.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas