Connect with us

Oh! Media

Kumpulan K-Pop SEVENTEEN Bakal Meriahkan Festival Lazada 11.11 Super Show

lazada seventeen

Branded

Kumpulan K-Pop SEVENTEEN Bakal Meriahkan Festival Lazada 11.11 Super Show

Platform beli belah online terkemuka Asia Tenggara, Lazada nampaknya sekali lagi bawakan kepada kita promosi terbesar mereka pada 11 November 2021 ini. Festival beli-belah 11.11 kali ini akan membawa tema Lazada’s Biggest One-Day Sale yang akan bermula tepat jam 12 tengah malam 11 November nanti.

Istimewanya festival Lazada tahun ini adalah apabila mereka membawakan kumpulan k-pop SEVENTEEN yang dibarisi 13 orang ahli dan akan membuat penampilan dalam program khas pada 10 November nanti.

Saya berharap agar SEVENTEEN dapat memberi inspirasi kepada pengguna kami di seluruh Asia Tenggara untuk kekal berani. Bersemangat untuk mencuba idea baharu, mengejar impian dan mempercayai bahawa segala cabaran boleh diatasi. – Kata Ketua Pegawai Operasi Lazada Group.

Konsert 11.11 Super Show Lazada meriahkan lagi suasana

Kumpulan SEVENTEEN akan muncul di pentas utama untuk persembahan pada 10 November nanti dengan membawakan lagu-lagu hit mereka seperti “Left & Right” dan “Ready to love”.

Difahamkan, konsert maya ini turut akan menampilkan selebriti terkenal dari seluruh Asia Tenggara. Wakil dari Malaysia, kita akan menyaksikan penampilan khas Nora Danish dan Dayang Norfaizah.

Konsert 11.11 Super Show Lazada ini akan ditayangkan secara penstriman secara langsung bukan sahaja di Malaysia tapi juga di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Kehebatan Lazada ini boleh ditonton melalui aplikasi Lazada, Lazlive, TV3 dan platform media sosal Lazada di YouTube, Facebook dan juga TikTok.

Lazada cabar kita dalam #HowLowCanYouGoLazada1111

Lazada’s Biggest Ond-Day Sale dimeriahkan lagi dengan satu cabaran khas untuk seluruh rantau ini iaitu #HowLowCanYouGoLazada1111. Cabaran ini akan dijalankan melalui aplikasi TikTok dan kita perlu mempamerkan kreativiti dengan membuat video tarian shuffle gaya bebas dan unik.

Peserta yang paling kreatif dan terpilih berpeluang memenangi baucar bernilai sehingga RM1,111. Cabaran ini akan bermula hari ini 26 Oktober hingga 5 November depan.

Selain menawarkan harga terendah serta penghantaran percuma semasa 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, pengguna boleh juga menantikan pelbagai tawaran eksklusif yang menarik disamping aktiviti Shoppertainment interaktif yang akan memberi baucar serta ganjaran Lazada Bonus.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas