Connect with us

Oh! Media

Korang Mungkin Pernah Minum Tanpa Sengaja, Ini Manfaat Silika Yang Tak Ramai Tahu

Branded

Korang Mungkin Pernah Minum Tanpa Sengaja, Ini Manfaat Silika Yang Tak Ramai Tahu

Sejak pandemik melanda, kita semakin prihatin dengan penjagaan kesihatan diri. Semua orang lebih lebih teliti dari segi pilihan makanan serta gaya hidup, yalah,masa sihat ni kenalah jaga betul-betul. Dah sakit nanti apa pun tak berguna lagi.

Sekarang ni, rakyat Malaysia dah mula membaca label nutrisi pada pek makanan. Kepentingan zat-zat seperti karbohidrat, serat, kalsium, protein, Omega-3, lemak dan sebagainya semakin difahami.

Untuk air yang diminum 8 gelas sehari bagi kekal terhidrasi, ramai yang sangka, air hanya sekadar air semata. Pernah tak korang dengar zat silika dalam air minuman yang mempunyai banyak kebaikan untuk badan?

Apa itu silika?

Silika secara semulajadinya ditemui dalam bentuk kristal boleh didapati dalam makanan dan air yang boleh diserap oleh badan. Salah satunya adalah air mineral semulajadi selain sayuran, buah dan banyak lagi.

Silika bantu badan lebih sihat

Silika ini adalah bahan penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan silika yang cukup boleh membuatkan rambut bersinar, kulit lebih anjal dan kuku yang kuat. Badan yang mendapat silika yang cukup akan memastikan kolagen juga tidak bermasalah dihasilkan. Hasilnya tulang, sendi, ligamen dan tendon berfungsi dengan optimum. Kuranglah kemungkinan sakit sendi bila menginjak usia nanti.😅

Kebaikan untuk sistem dalaman badan 

Bahagian perut terletaknya bakteria sihat dan sel imun. Sebab tu penting untuk menjaga perut sebelum banyak penyakit datang. Silika membantu mengekalkan salur pencernaan untuk memastikan perut dapat menyerap nutrien sekaligus memberi manfaat kepada sel imun.

Apa yang jadi bila kekurangan silika?

Zaman sekarang, semua nak cepat dengan kesibukan kerja dan keluarga. Ramai antara kita tidak makan sayur, bijiran dan buah-buahan yang cukup dalam diet pemakanan seharian. Ini menjadikan penyerapan silika hampir mustahil atau serendah 2 hingga 3% kadar penyerapan. Selain itu, faktor penuaan juga mengurangkan kadar penyerapan.

Perlu ke ambil suplemen silika?

Kalau ada yang mula mencari suplemen silika untuk hidup lebih sihat, berhenti dulu! Sebabnya ada berita gembira untuk korang. Sebenarnya korang tak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan khasiat silika kerana hanya perlu minum air mineral saja. Ya, air mineral je!

Air mineral semulajadi Spritzer kaya dengan silika

Air mineral semulajadi Spritzer adalah air hutan hujan asli yang diproses dari sumber air berkeluasan 330 ekar di Taiping, Perak. Tapak sumber air semulajadi ini bebas dari pencemaran. Air mineral semulajadi Spritzer ini tidak sama dengan air mineral lain oleh kerana kerana kandungannya kaya dengan silika.

Bayangkan air mineral semulajadi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga dan memenuhi keperluan air seharian, malah memberikan kebaikan untuk tubuh badan dalam setiap botol. Diperkaya dengan silika, nikmati dari sumber asli. Dapatkan air mineral semulajadi Spritzer korang di pasar raya berhampiran.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas