Connect with us

Oh! Media

kfc

Branded

KFC Zinger Double Down Kembali Dengan Sentuhan Pedas Dan Tekstur Yang Padu!

Aduh, rasa rindu pula nak makan burger ikonik KFC yang semua daging ayam tanpa roti tu. Apapun, atas permintaan ramai, KFC mengumumkan burger Zinger Double Down akan kembali dengan sentuhan baru.

Bermula dari semalam, 24 Oktober 2023, KFC menampilkan burger Zinger Double Down ke tahap yang baharu selepas berkolaborasi dengan Buldak.

KFC memperkenalkan Samyang Buldak Double Down dan Samyang Buldak Cheezilla, menu ciptaan yang sudah pasti akan membuatkan korang terliur dan menepati cita rasa tempatan.

KFC X Buldak – KFC Samyang Buldak Double Down

KFC

Seperti sebelum ini, Zinger Double Down dikenali dengan konsep ‘semua daging, tanpa roti’ telah dihidupkan semula dengan rasa berani dan pedas dari Samyang Buldak.

Dengan satu gigitan je dari burger Samyang Buldak Double Down, korang akan rasa kepedasan mi yang dilapisi dengan Samyang dan sos pedas Buldak.

Untuk korang yang mengidamkan lapisan keju yang mewah, Samyang Buldak Cheezilla adalah kombinasi sempurna antara keju dan pedas. 

KFC

Malah, burger ini dilengkapi dengan sekeping Zinger yang rangup dilimpahi dengan sos pedas Buldak dan sekeping Patty Keju Mozzarella.

Kemunculan Zinger Double Down bersama dengan gabungan tekstur dan rasa baharu pasti akan memberikan pengalaman makananan yang menggembirakan buat anda.

Jadi, apa tunggu lagi?

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman pedas yang hebat ini di KFC berhampiran anda, mulai dari 24 Oktober 2023 ini.

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

  • kfc
  • kfc
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas