Connect with us

Oh! Media

Kapasiti 256GB Pada Harga RM1,299 Je?! Biar Betul?

vivo Y77 5G

Branded

Kapasiti 256GB Pada Harga RM1,299 Je?! Biar Betul?

Penantian kini berakhir, vivo hadir dengan peranti terbaru yang bakal menjadi saingan hebat dengan peranti masa kini yang lain iaitu siri Y77 5G! 

Apa yang best dengan siri latest ni? vivo telah menambahkan ciri-ciri baharu yang lebih baik dan memudahkan pengguna lagi-lagi yang ada masalah storan dalam peranti. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan 5 sebab kenapa korang wajib dapatkan vivo Y77 5G ni!

1. Storan Besar Untuk Performance Terbaik!

Apa yang menarik tentang vivo Y77 5G yang akan buat korang jatuh cinta bila menggunakannya adalah ia mempunyai kapasiti storan yang besar. Barulah puas untuk simpan banyak kandungan!

Hadir dengan ROM sebesar 256GB serta konfigurasi RAM 8GB, tak dinafikan ia menjadi peranti terbaik untuk digunakan pada masa kini. 

Just in case kalau korang suka save video, gambar atau dokumen yang banyak dan risau peranti full, korang boleh buat tambahan storan sehingga 1TB tau! Bestnya!

Bukan itu saja, untuk performance peranti terbaik, vivo Y77 5G turut hadir dengan ciri Extended RAM 2.0 yang mana korang boleh mengubah dan menambah sehingga 4GB ROM yang tak digunakan kepada RAM besar 8GB, menjadikan jumlah RAM sebesar 12GB. Fuhh, lepas ni memang tak ada masalah lah kalau korang nak buka banyak aplikasi tanpa lag!

2. Tampak Lebih Yakin Dengan Kamera Sejelas Kristal

Haa, siapa yang suka buat content di TikTok, Instagram dan YouTube tu, korang tak perlu risau nak beli peranti yang lebih mahal untuk dapatkan kualiti kamera terbaik sebab dengan vivo Y77 5G, korang dapat hasilkan video dan gambar yang cantik, sejelas kristal! 

Hadir dengan sistem kamera AI 50MP yang menggunakan sensor JN1 serta kamera makro 2MP, kini korang boleh tangkap gambar atau rakam video dengan lebih jelas dan terperinci tau! Haa, confirm puas bila nak buat content di media sosial nanti!

Selain itu, ia turut hadir dengan kamera hadapan sebesar 16MP serta ciri algortima AI Face Beauty dan Aura Screen Light untuk menangkap gambar swafoto dengan lebih terperinci dan kemas walaupun dalam situasi yang kurang cahaya. 

Lagi best, dengan vivo Y77 5G ni, korang boleh tangkap gambar atau rakam video pada waktu malam tanpa sebarang masalah sebab kamera depan dan belakang peranti ini dapat mengoptimumkan pengurangan hingar tau!

Korang juga boleh menghasilkan video dan content yang lebih kreatif dengan ciri Video Dwi-Paparan dan Potret Berbilang Gaya. Haa, lepas ni korang tinggal nak plan buat content apa je sebab dengan vivo Y77 5G, korang tak perlu risau lagi dengan kualiti gambar dan video!

3. Penstriman Video & Permainan Lebih Smooth!

Siapa yang suka binge watch drama atau movie di Netflix atau bermain permainan video, korang wajib dapatkan vivo Y77 5G ni!

Hadir dengan paparan Incell FHD+ 6.58” yang dapat menayangkan visual dalam kontras tinggi serta dapat menghasilkan kualiti visual yang jelas, tak dinafikan vivo Y77 5G ni menjadi peranti yang sesuai untuk pensrtiman video! 

Untuk korang yang selalu menghadap telefon selalu, vivo Y77 5G dapat membantu menjaga mata korang menerusi Mod Perlindungan Mata tau. Bestnya, tak adalah sakit mata lepas ni!

Standard kalau dah suka strim video dan buka banyak aplikasi, perkara yang kita paling risau adalah masalah bateri telefon sebab rasa macam renyah nak ulang-alik cas telefon betul tak?

Haa, dengan vivo Y77 5G ni, korang tak perlu risau lagi sebab ia hadir dengan 5,000mAh yang sangat besar serta dilengkapi dengan teknologi Fast Charge 18W tau! 

Bukan tu saja, untuk meningkatkan lagi penggunaaan bateri, vivo hadir dengan teknologi Mediatek 5G Ultrasave yang dapat membantu untuk mengurangkan tenaga yang perlu digunakan pemproses, membolehkan peranti mempunyai lebih banyak tenaga untuk digunakan!

4. Tampil Dengan Rekaan Futuristik & Menarik

Kalau korang sukakan reka bentuk yang minimalis dan futuristik dalam masa yang sama, vivo Y77 5G ni memang sesuai untuk korang. 

Siri terbaru ni hadir dengan dua pilihan warna menarik iaitu Starlight Black dan Glowing Galaxy. 

Kalau korang suka dengan tekstur peranti yang kelihatan berkilau keemasan matte serta hiasan persis bintang yang bersinar pada waktu malam, korang memang wajib pilih Starlight Black ni. Bukan saja ia kalis habuk, malah dapat mengelakkan daripada terhasil kesan cap jari. Wow!

Manakala, untuk Glowing Galaxy pula, ia mempunyai salutan cecair kristal di atas permukaan matte kristal yang dapat mencerminkan sinaran kemerahan yang sentiasa berubah kalau korang lihat pada sudut yang berbeza. Cantik!

Selain itu, peranti ini direka setipis 8.25mm dengan bingkai rata 2.5D, menjadikan ia kelihatan lebih estetik geometri yang klasik serta minimalis. Haa, barulah style kalau nak mirror selfie nanti!

5. Inovasi Ciri Terbaru Untuk Pengalaman Yang Lebih Memukau

Haa, macam yang kami katakan tadi, vivo step up dan hadir dengan ciri-ciri terbaharu yang memang terbaik!

Antaranya, Funtouch OS 12 yang berasaskan Android 12, ia dapat menampilkan paparan asli dan mesra pandangan yang turut dapat meningkatkan pengalaman mudah alih pengguna.

Selain itu, vivo Y77 5G mempertingkatkan paparan mereka dengan Ultra Game Mode 2.0 yang mana korang boleh mengubah mod tenaga dan melihat statistik peranti dengan lebih mudah tanpa mengganggu sesi permainan video korang! Bestnya!

Ciri terakhir yang dibawakan oleh vivo adalah algoritma AI yang dapat memperuntukan kuasa pengkomputeran dan mengoptimumkan pemproses, memori dan sistem. Hasilnya, ia akan menjadi peruntukan sumber dan penggunaan memori yang lebih cekap. 

Pra-Tempah Peranti Alaf Baru Ini & Rebut Peluang Dapat Hadiah Sehingga RM597!

Haa, macam mana? Ngam tak ngam siri terbaru keluaran vivo ni? Untuk kepuasan yang lebih baik, korang memang wajib dapatkan siri Y77 5G ni!

Dengan harga mampu milik, korang boleh melakukan pra-tempah di e-store rasmi vivo Malaysia serta stor flagship rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada pada harga RM1,299 saja! 

Bukan itu saja, mereka sekarang ni tengah dalam fasa First Sale, bermula hari ini sehingga 31 Julai tau yang mana korang boleh nikmati macam-macam promosi seperti berikut:

– Baucar kerjasama jenama terkenal akan diberikan kepada yang terawal sementara stok masih ada,

– Pembelian pada 8 hingga 15 Julai akan menerima perlindungan skrin selama setahun secara PERCUMA

– Pembelian pada 8 hingga 31 Julai akan menerima Foomee earbuds dan jaminan lanjutan setahun secara PERCUMA,

– Boleh didapati di kedari rasmi vivo, e-stor rasmi vivo, Lazada, Shopee, dan kedai berkonsep vivo.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di vivo Malaysia, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas