Connect with us

Oh! Media

Jumpa Doktor & Ahli Farmasi Tanpa Keluar Rumah, Trick Jimat Masa Ramai Tak Tahu

Branded

Jumpa Doktor & Ahli Farmasi Tanpa Keluar Rumah, Trick Jimat Masa Ramai Tak Tahu

Apabila badan rasa kurang sihat pastinya keluar rumah adalah benda terakhir yang nak kita buat. Mahu tak mahu, kadang kala terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas, beratur dan berjumpa doktor selama 5 minit untuk mendapatkan nasihat dan ubat.

Ada berita gembira untuk korang! Kini kita boleh dapatkan nasihat doktor tanpa perlu keluar rumah. Macam mana tu? Tahu tak, Watsons ada perkenalkan perkhidmatan Watsons Virtual Health Consultation di bawah #StayHealthyWithWatsons. Terdapat 2 jenis perkhidmatan iaitu Watsons eDoctor dan ePharmacist di bawah Watsons eHealth ini. Jom kami kongsikan.

eDoctor

Dengan perkhidmatan ini, pengguna boleh berbincang dengan doktor bertauliah secara maya bagi mendapatkan nasihat perubatan preskripsi perubatan. Cuma perlu ikuti beberapa langkah mudah ini:

Langkah 1: Log masuk ke app Watsons, klik Health Care > eHealth dan pilih perkhidmatan eDoctor. Pilih stor Watsons untuk mengambil ubat.

Langkah 2: Sebelum memulakan nasihat perubatan secara maya, pastikan log masuk ke Doc2U untuk mendaftar profil. Selepas seorang doktor menerima permintaan nasihat maya, sesi boleh dimulakan.

Langkah 3: Preskripsi akan dimasukkan secara automatik ke dalam shopping cart dan pembayaran perlu dijelaskan dalam 60 minit.

Langkah 4: Selepas check out, pengguna akan menerima kod pickup untuk mengambil ubat di stor Watsons pilihan.

ePharmacist

Kadang-kadang apabila terbaca atau menonton pos viral di laman sosial mengenai ubat yang dikatakan berkesan, atau info kesihatan secara amnya, ramai yang mengikut tanpa nasihat pakar. Adakah tips dikongsikan sesuai diamalkan semua orang? Apakah kesan jangka masa panjang kepada pengamal ubat atau tips kesihatan dikongsikan?

Jangan risau lagi. Sekarang ada perkhidmatan ePharmacist yang ditawarkan secara PERCUMA untuk menjawab persoalan mengenai soalan-soalan kesihatan secara am dan produk terlibat.

Hanya dengan 2 langkah mudah, korang boleh mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar:

Langkah 1: Log masuk ke app Watsons, pilih eHealth dan kemudian ePharmacist.
Langkah 2: Klik ‘Talk to our Pharmacist Now’ untuk memulakan sesi.
Langkah 3: Checkout ubat yang diperlukan.

Antara masalah kesihatan umum yang boleh ditanyakan adalah seperti demam, batuk, alahan kulit, kesihatan wanita, masalah telinga, mulut & kerongkong, kesukaran tidur dan sebagainya.

Perkhidmatan ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dari 10 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 1.30 petang hingga 6 petang kecuali cuti umum.

Dicuba dan diyakini segenap lapisan masyarakat

Liyana Ariffin dari Shah Alam pertama kali menggunakan perkhidmatan ini selepas disarankan oleh rakannya. “Kerja saya sibuk setiap masa, sekali tu pernah tersalah makan dan ada alergi kulit. Nasib baik dapat kawan bagitahu pasal Watsons Virtual Health Consultation ni, saya dapatkan nasihat e-Pharmacist dan kulit semakin okay. Mudah dan jimat masa,” katanya.

Bagi Kevin Nadarajah yang mementingkan tahap kesihatan terbaik bagi dia sekeluarga, perkhidmatan ini adalah yang ditunggu-tunggu selama ini. “Bila perlu dapatkan ubat untuk merawat ahli keluarga, saya dapatkan nasihat doktor bertauliah dengan eDoctor. Baru tahu pasal Watsons ada sediakan servis virtual, mudahlah untuk saya dan keluarga lepas ni,” kata Kevin, suami dan bapa 3 anak.

Mary Lim seorang ibu dan wanita bekerjaya. Menguruskan anak-anak dan memastikan tahap kesihatan diri dan keluarga terjaga bukan tugas mudah baginya. “Setiap orang ada struggle sendiri, saya sebagai ibu tunggal kena pastikan diri sendiri sihat demi keluarga. Dapat tahu pasal servis eDoctor Watsons ni, saya terus cuba bila ada sakit kepala dan perlu topup ubat, nasib baik tak ada apa yang serius. Better safe than sorry,” akhirinya.

eDoctor dan ePharmacist ini hanya boleh didapati di app Watsons. Jadi muat turun app Watsons sekarang untuk menikmati perkhidmatan yang memudahkan urusan apabila sakit menyerang. Klik DI SINI untuk membaca eFlyer.

Watsons juga menyediakan saringan kesihatan di Watsons Pharmacy Store. Antara saringan disediakan adalah ujian tekanan darah, tahap gula, asid urik, lipid profil, indeks jisim badan (BMI), pengurusan diabetes dan nasihat berhenti merokok.

Jangan lupa ikuti Watsons di Facebook dan Instagram untuk info lanjut dan promosi terkini.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas