Connect with us

Oh! Media

Interest Tengah Rendah, Sekarang Masa Nak Beli Rumah Di Bayu Residensi. Bulanan Serendah RM1K Je!

Bayu Residensi

Branded

Interest Tengah Rendah, Sekarang Masa Nak Beli Rumah Di Bayu Residensi. Bulanan Serendah RM1K Je!

Memiliki rumah sendiri merupakan impian semua. Ada yang mengimpikan rumah di atas bukit dan tak kurang juga yang mahukan rumah teres yang memiliki laman untuk mudah bercucuk tanam. Namun, perubahan iklim yang melanda dunia telah mengubah corak taburan hujan yang menjadi punca kepada bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.

Kebimbangan ini telah menyebabkan ramai pasangan muda atau mereka yang baru ingin memiliki rumah sendiri meletakkan satu lagi syarat dalam pemilihan rumah yang  bakal menjadi tempat mereka berteduh iaitu selamat dan berada di kawasan bebas bencana.

Bagi korang yang bekerja di Selangor atau Kuala Lumpur, ini kami nak kongsikan tentang satu hartanah terbaru Bayu Residensi dan 4 sebab utama ia merupakan perumahan yang berbaloi untuk dimiliki.

1. Akses kepada lebuh raya utama

Bayu Residensi terletak di kawasan Sri Gombak, Batu Caves yang berada dalam radius  lingkungan 10 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Ia mempunyai akses terus ke lebuh raya utama seperti MRR2, DUKE, Jalan Kuching, Jalan Sungai Tua, Jalan Ipoh, Jalan Sentul Pasar dan Lebuhraya Karak.

Jika korang merupakan pengguna pengangkutan awam, berhampiran Bayu Residensi terdapat 2 jenis kemudahan awam yang boleh diakses iaitu KTM Batu Caves kira-kira 5 km dan LRT Gombak lebih kurang 7 km je dari situ.

Menarik juga mengenai hartanah ini, ia memberikan korang satu kelebihan menikmati keindahan alam semula jadi dalam bentuk pemandangan bukit batu kapur Batu Caves dan flora semula jadi, Hutan Lipur Sungai Tua yang boleh dilihat dari kejauhan. Taklah bosan asyik tengok bangunan je kan? Bosanlah!

2. Ruang kehidupan yang luas & selesa

Di Bayu Residensi, korang juga boleh memilih jenis rumah yang korang inginkan bersesuaian dengan bajet, keperluan dan keselesaan. Dengan setiap rumah mempunyai balkoni dan halaman sendiri. Wow!

Terdapat 3 pilihan unit yang korang boleh pilih mengikut citarasa dan keperluan seperti di bawah, dengan setiap satunya dilengkapi dengan 2 tempat letak kereta.

-2 Bilik + 2 Bilik Air – untuk mereka yang memerlukan privasi dan ruang

-3 Bilik + 2 Bilik Mandi – sesuai untuk mereka yang baru berkahwin dan baru mempunyai keluarga

-4 Bilik + 2 Bilik Mandi – sesuai untuk mereka yang ingin menaik taraf kehidupan dan memerlukan ruang yang lebih besar

3. Jaminan keselamatan diri & ketenangan 

Tiada apa yang lebih penting berbanding keselamatan diri dan keluarga, Bayu Residensi bakal memberikan korang jaminan ini dengan sistem keselamatan 24 jamnya beserta kawalan kad akses dan CCTV di lokasi strategik sekitar kawasan perumahan.

Selain ciri  keselamatan yang tinggi, fasiliti yang disediakan di Bayu Residensi merangkumi 37 kemudahan kondominium khusus buat penghuni yang aktif atau ingin menikmati ketenangan. Terdapat kolam renang, gimnasium dan deck untuk penghuni menikmati pemandangan luar dan mengagumi bukit batu kapur Batu Caves serta flora semula jadi yang mendamaikan dengan pemandangan hijau sambil menghirup udara yang segar.

4. Kemudahan utama yang dekat

Apa yang lagi penting selain rumah yang selesa? Semestinya akses kepada kemudahan utama. Kalau korang nak tau, Bayu Residensi ni terletak di kawasan yang strategik kerana ia berdekatan dengan kawasan komersial Sri Gombak, pasaraya Giant, sekolah, bank, F&B, Hospital Selayang dan juga Universiti Islam Antarabangsa.

Ini pastinya memudahkan korang yang memiliki anak yang bersekolah dan untuk mendapatkan keperluan harian kerana semuanya dekat dan nak akses ke sana sini pun senang.

Masih menyewa? Inilah masa terbaik miliki rumah sendiri di Bayu Residensi!

Makin tangguh beli rumah, harga akan makin naik. Manfaatkan kadar faedah pinjaman perumahan terendah semasa sekitar 2.95-3.00 peratus.

Inilah waktunya untuk korang memiliki rumah sendiri. Bayangkan kalau setiap bulan korang perlu membayar sewa RM1,000 untuk menikmati rumah atau bilik sewa yang selesa.

Tapi bagaimana pula kalau nilai tu korang gunakan untuk membayar rumah korang sendiri? Kan lagi berbaloi!

Dapatkan rumah impian korang di Bayu Residensi pada harga bermula RM250,000 sahaja. Ini semestinya satu pelaburan untuk gaya hidup moden yang sangat menguntungkan!

Psstt.. Kawasan perumahan ni juga berpotensi meningkat di masa hadapan. Jadi tunggu apa lagi? Belilah sementara harganya masih mampu dimiliki dan bebas inflasi.

Kalau korang berminat untuk memiliki hartanah di Bayu Residensi, korang boleh terus ke galeri jualan dan unit pameran untuk melihat unit contoh. Pastikan korang buat janji temu dahulu ya.

Alamat: Lebuh Utama Sri Gombak, Seri Temenggung, 68100 Batu Caves, Selangor

Nombor telefon: 016-206 1331

Galeri pameran dibuka setiap hari, untuk maklumat lanjut layari https://bayuresidensi.com.my/?s=iMedia.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas