Detik indah lebih bermakna apabila dirakam sebagai gambar untuk kenang-kenangan di masa depan. Kini segalanya lebih mudah dengan Siri vivo X60. Ketika musim UEFA EURO 2020™ ni, pengguna vivo bolehlah mengambil gambar dengan vivo X60 ala jurugambar profesional. Lebih-lebih lagi dengan kamera dengan lensa ZEISS, hasilnya memang padu beb!
Kempen ‘To Beautiful Moments’ yang dilancarkan pada 1 Jun lalu, vivo berharap dapat mendekatkan lagi peminatnya seluruh dunia dengan telefon pintar mereka. Sambil tu, boleh la cipta kenangan indah bersama dengan vivo X60.
Mungkin ramai dah tahu Siri X60 ini memberikan pengalaman fotografi yang mengagumkan dan lain dari yang lain, tapi macam mana? Jom kami terangkan kenapa:
1. Pengalaman tontonan mengasyikkan
Siri X60 didatangkan dengan skrin AMOLED 6.56 inci dengan kelebihan tahap kontras pelbagai penghasilan warna hitam yang lebih realistik. Dengan ini, menjadikan pengalaman tontonan dan yang jelas lebih memuaskan hati.
Selain itu, paparan AMOLED juga menjimatkan tenaga. Maksudnya, vivo X60 tidak memerlukan tenaga yang banyak walaupun pengguna meningkatkan brightness dan contrast untuk menonton perlawanan UEFA.
Jangan lupa, telefon pintar ini berketebalan hanya 7.59mm dan berat 177g. Ringan dan tak perlu risau lagi dengan membawa kandungan beg berat.
2. Ambil gambar macam pro
Siri vivo X60 dilengkapi ciri ZEISS Biotar Portrait Style untuk menghasilkan gambar potret profesional dengan kualiti tinggi dan mempunyai bokeh. Untuk itu, aktiviti harian bersama yang tersayang, atau detik-detik menonton pasukan kegemaran beraksi di UEFA boleh diabadikan.
3. Tiada lagi keletihan mata
Kadang-kadang sebab asyik layan filem, drama siri atau ‘melekat’ dengan telefon pintar sentiasa, mata boleh jadi letih. Tapi dengan Siri vivo X60, SGS Eye Care Display dan juga kelulusan SGS Seamless, pengguna masih boleh melihat skrin dengan jelas, walaupun di hari yang terang.
Selepas seharian bekerja di rumah, dapat rileks, layan movie atau drama siri kegemaran memang syok! Sekarang musim UEFA, nak layan bola dalam bilik malap pun tak ada masalah dengan ciri pada Siri vivo X60. Yang penting segalanya tetap jelas dan tontonan pun puas hati.
Peraduan ‘V Hear Your Voice’
Siapa nak menang hadiah sehingga RM38,999? Mestilah nak kan? Dari sekarang hingga 10 Julai 2021, vivo Malaysia anjurkan Peraduan ‘V Hear Your Voice’ di mana korang boleh menang produk rasmi UEFA EURO 2020™️ dan Siri vivo X60 dan Siri vivo V21.
Untuk menyertai, korang kena ikut langkah-langkah ringkas di bawah:
Langkah 2: Share pos Facebook ‘V Hear Your Voice’ pada hari berkenaan
Langkah 3: Tulis jawapan korang pada ruangan komen dengan hashtag #VHearYourVoiceMY #vivoMalaysia
Langkah 4: Pemenang akan diumumkan di Astro dan Facebook rasmi vivo Malaysia
Senang je kan? Apa tunggu lagi guys, jomlah join sekarang!
Selain itu, vivo juga telah melancarkan kempen vivo Dream Field yang menzahirkan komitmen mereka dalam menyediakan sukan bola sepak untuk orang kurang upaya (OKU). vivo bermatlamat untuk memperkasakan atlet dengan pan-disability dari Kelab Bola Sepak Pan-Disability
Kempen ini juga dilancarkan sempena UEFA EURO 2020™ untuk memberi peluang kepada semua meneruskan impian masing-masing dan dalam masa sama merakamkan detik indah perjalanan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai Siri vivo X60, lawati www.vivo.com/my/.