Connect with us

Oh! Media

Ini 4 Snek Berkhasiat Untuk Bantu Maintain Berat Badan

Branded

Ini 4 Snek Berkhasiat Untuk Bantu Maintain Berat Badan

Sedar atau tidak kita semua sebenarnya gemar makan snek, dan kita sebenarnya sedar sekiranya kita makan snek ni hari-hari ianya akan memudaratkan kesihatan kita.

Tapi kali ni kami nak share sikit beberapa resepi snek yang berkhasiat, mudah untuk disediakan dan dimakan.

Jom cuba resepi ringkas snek sihat ni

1- Ais Krim Mix Berries

  • Bahan-bahan
    • 1 1/2 cawan beri campuran beku (seperti strawberi, blueberry, blackberry, raspberi, dll.)
    • 1 biji pisang (dibekukan)
    • 5 sudu besar susu krim penuh
    • 1 secubit garam laut
  • Cara penyediaan
    • Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga dapat texture seperti ais krim.
    • Digalakkan untuk dibekukan seketika sebelum dihidang.

Yummy, ais krim sememangnya sedap dijadikan snek waktu musim panas. Gabungan bahan-bahan yang tinggi khasiat tu dapat bantu kita kekal sihat. So kami approve snek yang ni, korang pulak?

2- Overnight Oat, Yogurt & Nuts

  • Bahan-bahan
    • 5-6 sudu rolled oat (jenama Captain® Oat)
    • 1/2 cawan mix nuts
    • 1/2 sudu besar Chia seed
    • 1 cawan susu segar
    • 1 sudu besar madu
  • Cara Penyediaan
    • Satukan kesemua bahan tadi dan simpan dalam peti ais semalaman.
    • Sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi.

Kalau resepi yang ni tak perlu nak cerita banyak sebab memang dah viral. So kami ringkaskan resepi ni untuk korang supaya kita sama-sama dapat makan snek yang mudah dan berkhasiat.

3- Granola Bar

  • Bahan-bahan:
    • 1 1/2 cawan rolled oat (jenama Captain® Oat)
    • 1/2 cawan mix nuts (badam, walnut, biji gajus)
    • 2 sudu besar mentega
    • 1 1/2 sudu besar gula perang (ikut citarasa)
    • 2 sudu besar madu
    • Secubit garam
    • Buah-buahan kering dipotong dadu
  • Cara penyediaan
    • Sangai kekacang campuran dalam ketuhar.
    • Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan kesemua bahan ke dalam kuali, gaul sebati di atas api yang perlahan.
    • Setelah sebati, alihkan adunan ke dalam bekas bersesuaian mengikut ketebalan yang digemari.
    • Padatkan adunan di dalam loyang.
    • Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
    • Kemudian keluarkan dan potong saiz empat segi kecil sesuai untuk satu suapan. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Wah senang je nak buat granola bar ni rupanya, tapi kalau ikutkan tahap kerajinan mungkin sedikit rendah. Mungkin ada lagi cara yang mudah untuk nak makan granola ni kan?

4- Captain® Granola untuk snek sihat dengan rasa yang enak

Nah kami berikan cara yang mudah untuk korang nikmati snek granola. Dapatkan je Captain® Granola sebab kita hanya perlu order online dan tunggu di depan pintu.

Boleh dapatkan di online store Captain® Granola di Lazada Grocery Store dan S-Mart atau stay tuned dekat online shopping Shopee, Lazada, PG Mall dan Qoo10 pada kempen 12.12 ni tau untuk dapatkan bekalan snek berkhasiat daripada Captain® Granola.

Captain® Granola penuhi citarasa semua dengan 5 perisa istimewa

Wah! Tak sabar nak dapatkan snek ni. Tapi sebelum tu kami nak share juga 5 perisa rangkaian snek Captain® Granola ni tau iaitu mereka ada granola perisa Cocoa Hazelnut, Durian, Gula Melaka & Coconut, Honey Almond & Strawberry Yoghurt.

So far kami dah rasa flavour Cocoa Hazelnut Granola, rasa dia memang chocolaty sebab mereka gunakan 100% serbuk koko tanpa ada gula tambahan tau. So penggemar coklat korang mesti suka flavour ni, nanti try tau.

Kami akan standby depan phone nak beli online untuk grab flavour yang limited edition iaitu durian. Dalam pack flavour ni nanti ada isi durian musang king asli yang dipotong dadu geng. Pergh!

Khasiat optimum untuk peminat snek sihat

Untuk pengetahun korang, tubuh badan kita memerlukan nutrisi yang optimum walaupun kita dalam proses nak mengecilkan badan. So kalau korang consume Captain® Granola antara nutrisi yang akan korang dapat adalah;

  • Tinggi Serat – Serat yang tidak larut dapat membantu meningkatkan kesihatan usus manakala serat larut mengandungi Beta Glucan membantu meningkatkan kesihatan jantung kita.
  • 0% Lemak Trans & Rendah Sodium – berfungsi dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Sumber Zat Besi – berfungsi membantu meningkatkan sistem imun badan kita.

Macam kami share tadi Captain® Granola ni memang berkhasiat dan mudah untuk dimakan. Selain dijadikan snek harian, korang boleh jadikan snek ni sebagai pelengkap juadah seperti topping untuk salad, topping untuk smoothie, yogurt atau ais krim dan banyak lagi la cara korang boleh enjoy snek ni.

So, kini tiada alasan lagi untuk tidak amalkan pemakanan yang sihat. Captain® Granola boleh jadi starter kit untuk korang yang nak mulakan gaya hidup sihat dan nak turunkan berat badan.

Bukan kami cakap makan snek ni boleh kurus, tetapi kami nak galakkan pengambilan snek sihat untuk bantu korang dalam proses mengecilkan badan. So cepat-cepat dapatkan Captain® Granola sekarang dan jangan lupa boleh dapatkan secara online di kedai-kedai online yang kami share tadi.

Promosi Captain® Limited Edition Nanoblocks

Berita baik untuk semua sebab dengan setiap pembelian secara online 1 pack Captain® Granola akan dapat 1 unit Captain® Limited Edition Nanoblocks.

Promosi ni akan bermula pada kempen 12.12 nanti, so korang boleh pergi je dekat link yang kami share tadi dan masukkan je flavour Captain® Granola kegemaran korang. Nanti pada 12.12 korang checkout je macam biasa.

Follow Facebook dan Instagram Captain® Granola untuk dapat update terkini mengenai promosi dan ganjaran yang mereka tawarkan.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas