Connect with us

Oh! Media

Hari Tu Dah Keluar Burger Sekarang Ayam Pula. Rasa Yang Sama, Nikmati Golden Egg Crunch Buat Masa Terhad Di KFC!

Branded

Hari Tu Dah Keluar Burger Sekarang Ayam Pula. Rasa Yang Sama, Nikmati Golden Egg Crunch Buat Masa Terhad Di KFC!

Rasanya macam baru minggu lepas Oh! Media kongsikan tentang menu burger KFC Golden Egg, burger zinger yang disaluti rempah ratus dan rasa Golden Egg istimewa KFC.

Sambil-sambil tu, kami sempatlah juga tonton beberapa video review daripada Youtuber yang dah layan burger ni, tapi apa yang menarik perhatian kami ialah, di ruangan komen ramai yang minta ayam goreng Golden Egg Crunch.

Hmm.. Sedap sangat ke sampai ramai yang request versi ayam goreng ni? 

Nikmati Keenakan Ayam Goreng KFC Golden Egg Crunch!

Tak perlu tunggu lagi, KFC dengar permintaan korang. Menu ayam goreng telur asin kegemaran ramai, Golden Egg Crunch kini di KFC. Wow!

Kami ingat lagi masa menu ni mula-mula diperkenalkan, ramai gila orang sanggup beratur untuk cuba sendiri menu ayam goreng KFC ni. Bayangkan keenakan ayam goreng Hot & Spicy disaluti dengan rempah ratus, telur asin, daun kari dan selasih. Dimakan pula time panas, nikmat dia memang lain macam.

Kalau korang tanya Oh! Media, kami boleh katakan menu KFC Golden Egg Crunch ni, merupakan rasa ‘emas’ yang korang WAJIB cuba. Rasa telur asin dan aroma rempah pada ayam tu pastinya membuka selera dan keinginan korang untuk menikmatinya pada setiap masa.

Tapi macam biasa, menu istimewa ni selalunya untuk waktu yang terhad saja, jadi kalau korang tak nak melepas dan kena tunggu bila lagi KFC nak keluarkan menu istimewa ni, baik korang dapatkannya segera di KFC berdekatan. Kami dah cuba, korang bila lagi?

Raikan saat emas bersama Golden Egg Crunch KFC

Orang kata makanan dapat mengeratkan hubungan, jadi apa kata korang belanja famili, kawan-kawan atau pasangan menikmati hidangan KFC Golden Egg Crunch untuk raikan saat emas bersama.

Hidangan enak lah kita kena kongsikan dengan orang tersayang. Betul tak? Jom dapatkan KFC Golden Egg Crunch hari ini. Kalau korang malas nak keluar, order je melalui aplikasi KFC. Biar abang rider hantar ke depan pintu rumah atau pejabat korang melalui KFC Delivery.

Muat turun aplikasi ini di Google Play dan App Store untuk menikmati lebih banyak promosi dan tawaran istimewa. Maklumat lanjut layari www.KFC.com.my.

*Produk dan kombo mungkin berbeza mengikut lokasi.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas