Connect with us

Oh! Media

Guna Pelbagai Produk Antara Punca Kulit Makin Sensitif, Ini Yang Korang Perlu Atasi!

Hada Labo+ Sensitive Hydrating

Branded

Guna Pelbagai Produk Antara Punca Kulit Makin Sensitif, Ini Yang Korang Perlu Atasi!

Siapa yang ada masalah kulit sensitif, mesti korang dah pernah cuba pelbagai jenis produk kecantikan untuk merawat masalah kulit tersebut betul tak? 

Tak salah mencuba, tapi korang tahu tak, kalau pakai terlalu banyak produk kecantikan dan bertukar-tukar, ia akan membuatkan kulit korang menjadi lebih sensitif. Seriuslah? 

Itulah pentingnya kaji terlebih dahulu masalah kulit korang dan pilih produk yang sesuai dengan wajah. 

Haa, dah alang-alang cakap pasal pilih produk yang betul ni, jom kami share dengan korang satu rangkaian kecantikan khas untuk korang yang mempunyai masalah kulit yang sensitif iaitu Hada Labo+ Sensitive Hydrating. Pergh… Jenama trusted ni.

Kulit Lebih Segar Dengan Hada Labo+ Sensitive Hydrating

Bila cakap pasal kulit sensitif, antara perkara yang menjadi kebimbangan mestilah kulit terasa panas dan pedih selepas menggunakan produk kecantikan betul tak?

Kalau korang nak tahu, rangkaian produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating ni  dirumus dengan formula perlindungan yang dapat menenangkan, menguatkan dan memulihkan keseimbangan kulit dari dalam tau.

Dengan bahan seperti Lecithin, Squalene dan Shea Butter, rangkaian ini selamat untuk digunakan pada kulit sensitif sebab ia dapat melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar serta tekanan dalam mengekalkan kesihatan kulit.

Bukan itu saja, ia juga mengandungi Phytosterols dan Ceramide yang dapat membantu melicinkan, melembutkan serta menguatkan dan memperbaiki penghalang kulit korang tau. Barulah kulit jadi lebih anjal!

Korang yang kulit sensitif tu, memang wajib gunakan rangkaian baru Hada Labo ini sebab dengan kandungan Alpha Bisabolol dan Gingerol, ia bukan saja dapat menenangkan kulit, malah dapat meredakan rasa rengsa dan kemerahan pada kulit. Bestnya! 

Paling penting, ia juga dapat meresap jauh ke dalam kulit untuk menghidrat dan memulihkan kelembapan kulit secara intensif dengan Hyaluronic Acid. 

Menarik dengan rangkaian produk Hada Labo+ Sensitive Skin ni, ia lengkap dengan satu set khas untuk rutin penjagaan kulit tau. Jom kita tengok!

Langkah Pertama: Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Wash

Macam biasa, mulakan rutin penjagaan kulit dengan mencuci muka. 

Apa yang best menggunakan Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Wash ni ia dirumus dengan agen khas bebas sabun, so bila korang cuci muka tak banyak buih yang dihasilkan.

Tapi, kalau tak ada buih, boleh buang ke kotoran pada kulit? 

Jawapannya boleh! 

Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Wash dapat menanggalkan kekotoran dan minyak berlebihan tanpa mengganggu keseimbangan kelembapan kulit. Paling penting, ia tidak akan biarkan kulit kita kering tau! Bestnya!

Langkah Kedua: Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Lotion

Lepas dah cuci muka, perkara wajib buat terutama untuk korang yang ada masalah kulit sensitif adalah pakai losen. 

Dengan Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Lotion ni, korang tak perlu risau lagi kalau terasa pedih bila sapu losen sebab ia mempunyai tekstur yang sangat lembap dan sejuk tau.

Bukan itu saja, ia juga dapat menyerap lebih pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak serta dapat memberikan penghidratan dan kelegaan pada kulit. Menarik!

Kalau korang nak tahu, disebabkan formula perlindungan tiga kali ganda yang ada pada losen ni, ia dapat membantu menguatkan pertahanan pada kulit secara semula jadi tau. Jadi, losen memang sesuai untuk kulit sensitif!

Langkah Ketiga: Hada Labo+ Sensitive Cica Relief Restoring Essence(BARU)

Untuk kesan efektif bagi mendapatkan kulit yang sihat, korang wajib pakai Hada Labo+ Senstive Cica Relief Restoring Essence ni. Haa, yang ni keluaran terbaru tau! 

Apa yang best dengan essence ni adalah ia mempunyai tekstur yang sangat lembut yang dapat memudahkan penyerapan pada kulit. Jadi, kulit korang akan bertambah lembut dan licin.

Siapa yang ada masalah kemerahan, kekeringan, kulit tegang dan kasar, memang wajib pakai essence ni sebab ia dapat memberikan kelegaan serta perlindungan yang optimum pada kulit tau. Lepas pakai, kulit terus terasa lembap dan sangat selesa!

Untuk pengetahuan, essence keluaran terbaru Hada Labo ni mengandungi ekstrak Centella Asiatica aktif yang dapat memulihkan dan meredakan kerengsaan pada kulit tau. Sebab tu lepas pakai terus rasa lega je kulit! 

Langkah 4: Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Cream

Akhir sekali, habiskan rutin penjagaan kulit korang dengan Hada Labo+ Sensitve Skin Hydrating Cream. 

Kalau korang alami masalah seperti kegatalan dan kemerahan pada bahagian yang sensitif, korang sapu je cream Hada Labo ni sebab ia dapat meredakan kemerahan serta menguatkan dan memperbaiki pertahanan kulit korang. 

Paling best, korang tak akan rasa kulit seakan terbakar apabila pakai cream ni sebab ia diformulasi khas untuk melembapkan dan memberikan penghidratan yang maksimum pada kulit. Krim yang macam ni lah patut dipakai untuk korang yang ada masalah kulit sensitif!

Untuk pengetahuan, Hada Labo+ Sensitive Hydrating Cream ni telah diuji dan disahkan oleh organisasi pihak ketiga, dan sangat disyorkan untuk menggunakan keseluruhan rangkaiannya 

*kesannya mungkin berbeza untuk setiap orang. 

Kulit Kini Lebih Sihat Dengan Hada Labo 

Haa, sekarang korang dah tahu kan rangkaian produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating ni memang sesuai untuk kulit sensitif. Bukan saja dapat memberi kelembapan, malah dapat melegakan kulit tau. Itu yang tak ada pada produk lain!

Jadi, kalau korang berminat dengan rangkaian produk Hada Labo+ Sensitive Hydrating ni, korang boleh dapatkan di semua cawangan Watsons berdekatan atau klik saja DI SINI

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Hada Labo Malaysia, atau ikuti sosial media di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas