Connect with us

Oh! Media

Checklist Barang Yang Korang Kena Ada Bila Nak Pindah Rumah!

COURTS Opening

Branded

Checklist Barang Yang Korang Kena Ada Bila Nak Pindah Rumah!

“Next month nak masuk rumah baru, apa pun aku tak beli lagi ni!”

Bila pindah ke rumah baru, siapa je yang tak teruja kan? Tak kiralah rumah tu korang beli atau sewa, perasaan untuk masuk ke tempat baru tu memang tak dapat digambarkanlah.

Tapi macam mana pula dengan kelengkapan dalam rumah? Apa je yang nak prepare? Mesti la nak kena beli barangan yang berkualiti dan tahan lama, tapi pada harga yang masih murah kan. Takpe, tak perlu pening-pening, ni Ohmedia kongsikan antara barangan yang kena ada sebelum berpindah ke rumah baru.

1) Televisyen

Macam yang kita tahu, televisyen merupakan sumber hiburan. Lagi-lagi sekarang dengan kewujudan TV pintar dah tak perlu nak pasang areal untuk mendapatkan siaran televisyen. Sebaliknya hanya perlu muat turun aplikasi sahaja untuk menonton siaran atau rancangan kegemaran korang. 

Masa ni baru syok nak terlentang atau baring depan TV, rumah sendiri kan?

2) Mesh WIFI/ Konsol permainan

Kalau ada televisyen perkara paling penting korang kena ada ialah alat sambungan internet atau mesh WIFI. Jika tiada internet, macam mana korang nak tonton rancangan melalui aplikasi kegemaran.

Untuk yang tak gemar menonton televisyen dan lebih memilih untuk bermain permainan video (kebiasaannya lelaki), korang boleh sambungkan TV korang dengan konsol permainan seperti Playstation.

Barulah kehidupan korang tak sendu atau bosan!

3) Set bilik tidur

*Gambar untuk ilustrasi sahaja

Ini satu lagi barang penting kena ada sebelum masuk rumah baru, pastikan korang dah lengkapkan bilik tidur dengan perabot seperti katil, tilam dan almari pakaian.

Bayangkan dah penat-penat pindah barang, korang pastinya mahukan rehat yang cukup. Sebab tu korang perlukan kelengkapan bilik tidur. Takklan dah pindah rumah baru nak tidur atas toto pula!

4) Peti sejuk

*Gambar untuk ilustrasi sahaja

Ni lagi satu barang yang sangat penting kena ada dalam setiap rumah. Tambahan pula kalau korang yang suka memasak, mesti lah nak simpan bahan2 mentah dalam ni kan untuk kekalkan kesegaran. Takkan la selamanya nak makan luar.

Bukan itu sahaja, boleh juga simpan baki makanan yang ada supaya tahan lebih lama. Jimat lah sikit kan betul tak?

5) Penyaman udara

*Gambar untuk ilustrasi sahaja

Ada yang rasa penyaman udara ni tak berfaedah dan memilih untuk memakai kipas. Ini terpulang kepada pilihan korang. Tapi memandangkan cuaca waktu sekarang yang sukar dijangka, kadang-kadang normal dan ada kalanya panas melampau. Memiliki penyaman udara merupakan pelaburan yang amat berbaloi. 

Untuk lebih penjimatan, korang mestilah jadi pengguna bijak dengan memilih penghawa dingin dengan kesan penggunaan tenaga yang cekap. Barulah jimat!

Beli barangan rumah ni memang seronok tapi nak kena tengok bajet juga. Macam Ohmedia cakap tadi, bila kita pindah ni bukan sikit bajet nak kena keluar. Habis tu, macam mana nak lengkapkan barangan rumah pada masa yang sama nak berjimat?

Lebih banyak DISKAUN & PENJIMATAN hebat menanti di COURTS!

*Gambar untuk ilustrasi sahaja

Haaa.. Jawapannya mudah je, korang pergi la COURTS dekat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Semua barangan rumah ada dekat sana dan jangan risau semuanya berkualiti pada harga rendah. Tambahan pula, sempena grand opening pada 11 Jun 2022 ni, lagi banyak tawaran yang berbaloi untuk direbut.

Nak beli barangan kelengkapan rumah yang baru, kami faham memang akan berkira-kira sebab nak kena keluarkan belanja yang besar kan? Maka, jadilah pengguna bijak dengan cara beli semasa ada promosi! Dah alang2 minggu nie promosi kaw-kaw dekat COURTS Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, jom lah serbu ramai-ramai!

Antara promosi yang rugi untuk dilepaskan ialah barangan serendah RM1 sahaja.Antara promosi yang rugi untuk dilepaskan ialah barangan serendah RM1 sahaja. Selain itu, promosi bundle deals yang menjimatkan dimana korang boleh tambah barang kedua dengan hanya RM1 sahaja. Mana nak dapat semua ni kan?

Senang cerita, korang kena datang sendiri dan tengok sendiri barangan yang mereka jual. Pelbagai jenama dan range pada harga mampu milik untuk semua. Ajak kawan-kawan dan keluarga untuk grab promosi yang ada sebelum terlambat! 

Khas untuk pembaca Oh! Media, COURTS Mitsui Outlet Park KLIA Sepang baik hati nak bagi korang cash voucher RM10 secara PERCUMA. Dengan syarat, hanya datang dan sebut “COURTSOhMedia” dekat staff mereka dan korang terus dapat voucher tu. 

Jumpa korang dekat sana okay! Korang waze je Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. COURTS terletak di tingkat 1. Untuk info lanjut kunjungi laman web rasmi COURTS atau ikuti media sosial mereka di Instagram dan Facebook.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ke Atas