Connect with us

Oh! Media

Beregu Tangan Kuat Atau Chipmunk? TikTok PETRONAS Bongkar ‘Rahsia’ Pemain Badminton!

Branded

Beregu Tangan Kuat Atau Chipmunk? TikTok PETRONAS Bongkar ‘Rahsia’ Pemain Badminton!

“Gila power dia smash, laju betul bola dia pergi!”

Mana dia Badminton Lovers (BL) dekat sini? Semua dah secure tiket untuk menyokong skuad badminton negara di PETRONAS Malaysia Open 2023 (PMO 2023) ke? 

Kalau korang nak tau, PMO2023 yang sedang berlangsung di Axiata Arena adalah pembuka kejohanan badminton bagi kalender 2023. Memandangkan kejohanan ini berlangsung di Malaysia, kami yakin pecinta badminton tidak akan melepaskan peluang untuk menyokong skuad negara secara ‘live’.

Bagi Ohmedia secara peribadi, badminton merupakan sukan yang sangat dekat dengan masyarakat dan boleh dikatakan negara kita antara ‘kuasa besar’ dalam sukan ni. 

Daripada beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei sehinggalah ke beregu wanita Pearly Tan-Thinaah. Negara kita ni mempunyai skuad yang cukup membanggakan!

Pemain Badminton Kongsi Skill & Trick Atas Gelanggang

@petronas_official Do you know Aaron Chia and Soh Wooi Yik’s signature tricks and hobbies? 🇲🇾🏸 Catch them live at the PETRONAS Malaysia Open this 10-15 January 2023! #PETRONAS #PassionateAboutProgress #PETRONASMalaysiaOpen2023 #AaronChia #SohWooiYik ♬ original sound – PETRONAS

Kalau selama ni mungkin ada di antara korang yang follow atlet-atlet ni akaun peribadi mereka, korang tau tak yang PETRONAS baru je buka satu akaun TikTok yang berkongsikan skill dan trick daripada player kebangsaan?

Mana yang suka main badminton dan ‘tiru’ gaya permainan atlet negara, korang bolehlah follow TikTok PETRONAS

Bukan senang tau nak tengok beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kongsi skill menggunakan kepakaran Forehand Smash dan Backhand Smash masing-masing. 

Mereka ni punya hebat sampai menang pingat gangsa pada Olimpik Tokyo, 2021 dan menjuarai Kejohanan Dunia BWF 2022 tau. 

Dekat TikTok PETRONAS ada juga beregu hebat lain seperti Pearly Tan dan Thinaah. Kalau Pearly ni power dengan skill Jump Drop Shot, Thinaah pula ‘teror’ dekat Cross Net Shot.

Bagi kami apa yang PETRONAS cuba lakukan ni merupakan suatu yang menarik kerana bukan saja mendekatkan peminat dengan atlet malah memberikan inspirasi kepada bakat-bakat baru.

Jadi daripada korang tak tau nak layan apa dekat TikTok, jom ramai-ramai follow TikTok PETRONAS!

Ayuh Guna #GemilangkanLagi, Kita Support Atlet Negara!

Nak tunjukkan sokongan korang pada atlet negara? Tweet kata-kata semangat kepada mereka dengan menggunakan #GemilangkanLagi. Mana tau tweet korang bakal menjadi pembakar untuk mereka lakukan yang terbaik.

Mana yang follow PETRONAS korang mesti dah pernah tonton skuad negara baca tweet daripada BL Malaysia kan?

Memandangkan sekarang pun tengah rancak berlangsungnya #PETRONASMalaysiaOpen2023, ayuh sama-sama berikan sokongan kepada skuad negara dengan #GemilangkanLagi di semua platform sosial media.

Jangan lupa juga untuk follow TikTok PETRONAS. Barulah korang layak jadi #BL sejati!

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas