Connect with us

Oh! Media

Banyaknya Jenis Minyak! Ketahui Minyak Masak Yang Sihat & Sesuai Sebelum Membeli

Branded

Banyaknya Jenis Minyak! Ketahui Minyak Masak Yang Sihat & Sesuai Sebelum Membeli

“Aduh kenapa rasa masakan aku tak sama macam kau? Padahal pakai resepi sama.”

Kat sini siapa je tak suka masak? Bezanya sama ada masakan korang tu enak atau sebaliknya. 

Memasak ni boleh dijadikan hobi dan kurangkan stress. Jimat pun jimat tau. Tapi korang tau tak masa korang masak setiap bahan yang korang gunakan membantu menambah rasa dan keenakan masakan korang.

Contoh menu yang simple dan ramai orang suka adalah makanan yang bergoreng seperti ayam goreng, pisang goreng, cekodok dan banyak lagi. Fuhh, terliur dengarnya!

Cakap pasal menggoreng ni kan, korang pernah tak cek label nutrisi pada minyak masak sebelum membeli? Haa, benda ni sangat penting tau, bahan dalam minyak masak ni bukan setakat penambah rasa malah ia boleh membantu kita menjaga kesihatan. Serius lah?

Macam mana nak tau minyak masak tu sihat? Meyh kami share dengan korang!

Komposisi Lemak Dalam Minyak Masak

Lemak dan kolesterol ni antara komponen penting yang kita perlukan dalam diet harian kita tau. 

Pengambilan dua benda ini tak dapat dielakkan sebab dah sedia terkandung dalam pemakanan harian kita. Jadi, korang kenalah bijak untuk kawal pengambilan makanan yang mempunyai lemak dan kolesterol.

Seperti yang korang tau, dalam minyak masak ni pun dah mengandungi komposisi lemak yang berbeza seperti asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu.

Apa yang membezakan dua-dua lemak ni eh?

Asid lemak tepu ni tak boleh di ambil dalam jumlah yang banyak, sebab ia berpotensi untuk memberi serangan jantung dengan lebih mudah sebab kadar kolesterol Low Density Lipoprotein(LDL) dalam darah boleh meningkat. 

Kolesterol ini akan dibawa ke arteri daripada hati dan akan menyebabkan arteri tersumbat, membolehkan seseorang itu mendapat serangan jantung. Jadi, minyak asid lemak tepu ni tidak bagus untuk kesihatan.

Lemak ini boleh didapati pada minyak kelapa, minyak isirung sawit, minyak sapi dan mentega. Haa, korang kalau nak pakai tu boleh, tapi kena bijak dalam melakukan pengambilan, takut nanti memudaratkan diri. Bak kata orang, pengambilan tu biarlah berpada-pada.

Apa Tu Asid Lemak Yang Sihat & Bagus Digunakan Untuk Memasak

Kalau tadi dah cerita pasal komposisi lemak dalam minyak dan lemak yang tak sihat, sekarang jom kami share pula asid lemak yang sihat. 

Untuk asid lemak tidak tepu, ia merupakan komposisi lemak yang sihat dan bagus untuk digunakan dalam masakan sebab ia membantu untuk meningkatkan tahap kolesterol baik dalam badan selain daripada merendahkan tahap kolesterol jahat. Wow!

Selain itu, komposisi ini pun dapat merendahkan darah tinggi serta risiko daripada dapat penyakit kardiovaskular tau. Haa, kira selamatlah lemak ni kalau nak digunakan secara harian.

Kalau korang nak tahu, dalam komposisi asid lemak tak tepu ini ada asid lemak mono tak tepu dan asid lemak poli tak tepu. Apa bezanya?

Bezanya, untuk asid lemak mono tak tepu, ia bagus untuk kesihatan jantung yang mana ia bersikap neutral pada kolesterol dalam darah. 

Antara minyak yang mempunyai komposisi lemak ini adalah minyak kanola dan minyak zaiton yang mana semua minyak ini tidak sesuai untuk menggoreng. 

Manakala untuk asid lemak poli tak tepu, ia dapat mengurangkan kadar kolesterol LDL dalam darah serta dapat mengelakkan daripada terkena risiko sakit jantung. 

Tapi, korang kena tahu bahawa komposisi lemak ini akan menjadi oksida kalau digunakan untuk menggoreng atau terdedah kepada haba atau api panas dan akan mengundang risiko kanser atau barah dalam tempoh masa yang lama. Takutlah, rasanya guna sekali sekala boleh kot.

Minyak yang mengandungi asid lemak poli tak tepu ini antaranya adalah minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak biji bunga matahari. 

Kelebihan Minyak Sawit

Haa, sekarang korang dah tau bezakan komposisi lemak dalam minyak kan? Kalau korang nak tahu, minyak sawit ni juga merupakan antara minyak yang mempunyai komposisi lemak yang baik tau. 

Kelebihan minyak sawit ni adalah ia mengandungi antioksida semula jadi yang sesuai digunakan untuk memasak dan menggoreng. Patutlah minyak sawit ni sering jadi pilihan!

Menariknya, minyak ini mampu mengawal peratusan hormon tromboksana dan prostasilin dalam darah, yang mana ia dapat mengelak daripada kecenderungan darah beku. 

Jadi, penggunaan minyak sawit ini sangatlah sesuai untuk menggoreng dan dijamin baik untuk kesihatan badan. Haa, korang yang suka memasak tu, pastikan guna minyak sawit tau!

Masakan Kini Lebih Diyakini Dengan Seri Murni

Cakap pasal minyak masak ni, kalau korang nak tahu, minyak masak Seri Murni kini berwajah baru! 

Minyak masak ini diperbuat daripada kelapa sawit yang bermutu tinggi iaitu super olein dan merupakan minyak yang asli.

Kalau korang menggoreng makanan menggunakan minyak masak Seri Murni, ia bukan saja dapat memberikan aroma yang sedap, mlalah dapat menjadikan makanan korang lebih rangup.

Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin E semula jadi dan bebas daripada kolesterol, aditif dan asid lemak transparan, menjadikannya minyak masak yang bermutu tinggi.

Jadi, kalau korang nak masakan yang diyakini, dapatkan minyak masak Seri Murni di pasaran berdekatan dengan pilihan saiz 500gm, 1kg, 2kg, 3kg, dan 5kg.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Seri Murni, serta ketahui lebih banyak resepi menarik untuk dicuba.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas