Connect with us

Oh! Media

7 Sebab HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel, Pilihan Terbaik Untuk Belajar & Bekerja

Branded

7 Sebab HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel, Pilihan Terbaik Untuk Belajar & Bekerja

Kami tahu sekarang ni ramai yang bekerja daripada rumah, adik-adik kat universiti pula rasanya semester baru akan mula tak lama lagi kan?

Haaa… Rapat sikit, kali ni kami nak share tentang HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel. Mesti ramai tengah berfikir berbaloi ke melabur nak beli komputer riba? Untuk model terbaru HUAWEI ni, jawapannya YA.

Haaa.. Macam mana cool kan? Ni kami nak share 7 keunikan yang ada pada HUAWEI D14 2020 Edisi Intel.

1.Reka bentuk yang ringan, nipis & bergaya

Hadir dengan kemasan berwarna Mystic Silver, pandang pertama untuk model ini pasti buat korang jatuh cinta.

Reka bentuknya yang nipis dengan badan logam dan kemasan futuristik, HUAWEI D14 2020 Edisi Intel hanya seberat 1.38kg dengan ketebalan 15.9mm.

Paling menarik bagi kami ialah skrinnya boleh ditolak hampir 180° yang pasti memberikan korang pengalaman baru untuk menaip atau menonton video di komputer riba mengikut keselesaan.

2. Kaki games atau seorang multitask? 

Kalau korang tergolong salah satu ciri diatas, korang kena tau yang HUAWEI Matebook D14 2020 Edisi Intel ni lebih daripada sekadar FullView.

Lengkap dengan teknologi inovatif terkini, komputer riba ini menjanjikan penggunaan yang smooth sepanjang hari. 

Menggunakan prosesor Intel® CoreTM Gen ke-10 terbaru dan kad grafik diskrit NVIDIA® GeForce® MX250, ia telah di set untuk memberikan prestasi yang sempurna ketika mengendalikan pelbagai tugas yang menggunakan perisian yang berat atau bermain permainan video.

3. Binaan kamera yang tersembunyi

Kamera web sering menjadi kerisauan kepada pengguna komputer riba apabila tidak sedar atau terlupa untuk ditutup selepas digunakan.

Kadang-kala dah tampal sticker pun tercabut itu belum lagi kesan melekit pada kamera. Lepas ni, korang tak perlu risau tentang semua ni, sebabnya MateBook D14 2020 Edisi Intel hadir dengan kamera ikoniknya yang tersembunyi di papan kekunci.

Bila nak gunakan korang hanya perlu tekan je papan kekunci dengan lambang kamera. Tak perlu nak fikir bagaimana nak cover kamera web bila tak digunakan. Mudah kan?

4. Tak ingat password laptop? Guna cap cari je!

Bagi kami ini ialah ciri yang wajib ada pada semua komputer riba. Ini kerana komputer riba umpama kawan baik yang menyimpan maklumat tentang pekerjaan atau pembelajaran. 

Kebiasaannya komputer riba mempunyai ciri kata laluan bagi melindungi daripada akses terus, tapi bagaimana kalau korang tiba-tiba lupa kata laluan tu? Kan payah nak kena reset semula.

Sebab itu HUAWEI membawakan ciri sistem pengimbas cap jari pada MateBook D14 2020 Edisi Intel yang membawa korang selangkah ke hadapan dengan pengimbas yang mempunyai chipset keselamatan berasingan bagi melindungi privasi dan data.

Tak perlu cari kat mana pengimbas tu, kerana ia dibangunkan sekali bersama butang kuasa bagi memberikan ciri yang lebih estetik pada komputer riba selain memudahkan pengguna.

5. Pengecasan yang pantas

Menarik tentang HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel ni juga, ia mempunyai ciri seakan telefon pintar.

Dengan setiap pengecasan penuh, korang boleh menggunakannya selama 13 jam dan ia juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas menggunakan pengecas USB-Cnya sendiri. 

Dalam tempoh 30 minit bateri komputer riba korang boleh bertambah hampir 50 peratus dan nak kalau nak cas telefon pintar guna charger yang sama pun boleh. Lepas ni nak keluar tak perlu lagi nak bawa bawa charger banyak-banyak.

6. Perkongsian fail jadi lebih mudah

Pengalaman bekerja dari rumah atau mana sahaja pastinya menjadi lebih baik dan mudah dengan HUAWEI Share.

Hanya dengan satu tap korang boleh gabungkan telefon pintar dan komputer riba. Tak perlu susah payah nak cari kabel atau internet yang pantas untuk berkongsi fail atau gambar.

Selain itu, korang juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar pada komputer riba dengan sambungan yang lancar.

Takut terlepas panggilan penting? Jangan risau, sebab bila dah buat sharing ni korang boleh gunakan mikrofon dan kamera pada PC untuk menjawab panggilan telefon secara langsung.

7. Lindungi mata walaupun penggunaan yang lama

Last sekali, mata korang takkan rasa pedih walaupun berjam duduk depan PC sebabnya HUAWEI menggunakan skrin yang mempunyai sertifikasi  TÜV Rheinland yang membantu mengurangkan sinaran cahaya biru yang berbahaya terus ke mata korang yang menyebabkan mata menjadi penat.

HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel, komputer riba peneraju gaya

HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel akan berada di pasaran Malaysia bermula 26 Februari 2021.

Dijual pada harga RM 3,399, dengan setiap pembelian komputer riba ini, korang juga akan menerima tetikus HUAWEI secara percuma yang bernilai sehingga RM 249*.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI Matebook D14 2020 Edisi Intel, korang boleh klik di SINI atau terus ke laman sesawang Shopee.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Selagi stok masih ada.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas