Connect with us

Oh! Media

6 Sebab Kenapa Perlindungan Takaful, Kereta Penting

Branded

6 Sebab Kenapa Perlindungan Takaful, Kereta Penting

Terdapat pelbagai perlindungan yang boleh dipilih di pasaran dari bermacam syarikat penyedia. Persoalan yang patut diberi perhatian adalah, adakah perlindungan takaful dan kereta penting? Perlu ke langgan? Apakah ciri-ciri perlu dipertimbangkan sebelum memilih pelan paling sesuai dengan keperluan?

Maksud perlindungan takaful

Takaful bermaksud persetujuan berdasarkan pertolongan bersama di mana peserta takaful menyumbang ke dalam dana yang akan memberi manfaat kewangan yang dibayar kepada peserta takaful atau waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui.

Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian, perjudian dan faedah.

Jenis perlindungan

Terdapat pelbagai jenis produk perlindungan di mana ia boleh bermula daripada perlindungan komprehensif sehingga ke perlindungan yang mesra bajet. Ini termasuk bayaran pembedahan, bilik, bayaran caj berkaitan wad (bilik pembedahan, peralatan, ubatan dan perkhidmatan hospital, bius, rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital dan sebagainya).

Kepentingan perlindungan takaful

Perlindungan takaful amat penting bagi saat-saat tidak dijangka seperti kemalangan, hilang upaya dan penyakit. Tindakan tidak mempunyai perlindungan takaful adalah satu risiko yang tidak seharusnya diambil.

Jika kita dilindungi secukupnya oleh takaful, ia memberi keyakinan bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada orang yang tersayang.

Apatah lagi dengan kos perubatan meningkat pada kadar lebih 12% setahun, ini menjadikan ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Oleh itu memiliki perlindungan takaful perubatan adalah satu keperluan.

Faktor-faktor yang wajib dipertimbangkan

Antara faktor yang wajib dipertimbangkan sebelum memilih perlindungan takaful adalah matlamat kewangan. Apa yang mahu dicapai dari aspek kewangan. Adakah bayaran bulanan termasuk kad perubatan dan perlindunga manakala sebahagian lagi adalah untuk tujuan pelaburan?

Manakala dari segi sijil, faktor yang patut diberi perhatian adalah sama ada sijil anda diperbaharui setiap tahun, tertakluk kepada kelulusan syarikat takaful.

Contohnya, jika anda diserang oleh penyakit yang mungkin berulang, syarikat takaful mungkin memutuskan untuk tidak memperbaharui sijil anda. Kesemua faktor ini perlu diberi perhatian sebelum melanggan sebarang perlindungan takaful.

Zurich Takaful Al-Shams

Dengan perlindungan Zurich Takaful Al-Shams, ciri penerimaan terjamin menjadikan permohonan tidak akan ditolak dari perlindungan diperlukan. Dari umur pemula sehinggalah 70 tahun, permohonan yang tidak melecehkan diterima tanpa pemeriksaan kesihatan dan tinjauan kesihatan diperlukan.

Tempoh perlindungan fleksibel

Setiap orang pastinya mempunyai perubahan dari segi keperluan bergantung kepada fasa kehidupan masing-masing. Zurich Essential Cover memberi kebebasan kepada anda untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 hingga 30 tahun.

Anda juga boleh memilih Jumlan Asas Diinsuranskan (BSA) yang sesuai dengan matlamat perlindungan dari RM20,000 sehingga RM300,000.

Manfaat Pemulihan Tahunan Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (HUKK)

Dengan Takaful Al-Shams, sekiranya anda mengalami HUKK, tambahan 5% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar kepada anda selama 5 tahun untuk meringankan beban kewangan dan membantu anda pulih sihat seperti sediakala.

Z-Driver Takaful untuk kenderaan

Tidak kurang penting juga adalah untuk melindungi kereta anda dalam usaha melindungi keluarga yang berharga dan diri sendiri.

Turut ditawarkan adalah sokongan e-hailing bagi pemandu yang sah dan mempunyai sijil takaful motor yang komprehensif daripada Zurich.

Perlindungan kerosakan banjir serendah RM10 setahun

Di musim keadaan cuaca tidak menentu ini, perlindungan kerosakan akibat bencana banjir amat penting. Dengan perlindungan hanya serendah RM10 setahun ini, anda akan diberi pampasan sehingga RM5,000 untuk menangguhkan dan membersihkan kenderaan anda akibat banjir.

Diskaun sehingga 10% diskaun untuk pemandu risiko rendah

Anda juga boleh mendapatkan diskaun sehingga 10% untuk caruman kenderaan anda jika anda seorang pemandu yang berhemah. Sebagai contoh, jika anda seorang pemandu yang berhati-hati, pemandu wanita dan/atau memandu kenderaan jenis SUV.

Diskaun 60% dari kadar tarif untuk perlindungan Peril Khas (Bencana Alam)

Anda mendapat ketenangan fikiran mengetahui bahawa kenderaan anda dilindungi daripada kerosakan akibat banjir, taufan, ribut, gempa bumi atau kejadian alam semula jadi yang lain. Kadar premium/caruman hanya 0.2% daripada Jumlah Diinsuran/Jumlah Perlindungan.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Zurich Essential Cover dan Z-Driver di laman web, Facebook, Twitter, Linkedin dan Youtube Zurich Malaysia hari ini.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas