Oh! Artis
Dituduh Dera Amber Heard, Akhirnya Johnny Depp Menang Saman Fitnah
Setelah enam minggu kes perbicaraan melibatkan pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp berlangsung, dia telah menang kes saman fitnah terhadap bekas isterinya iaitu Amber Heard hari ini.
BACA : Bayaran Tak Masuk Akal? Depp Dibayar Gaji Penuh Walaupun Digugurkan Watak
Menurut laporan Astro Awani, Depp dan Heard kedua-duanya didapati saling berganggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lagi di mahkamah.
Depp menerima pampasan sebanyak $15 juta yang merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta dolar lagi sebagai ganti rugi punitif.
Saman balas yang dibuat Amber Heard pula menerima ganti rugi AS$2 juta dan tiada pampasan wang untuk ganti rugi punitif.
Sebelum ini, Depp telah memfailkan tuntutan saman fitnah dengan ganti rugi sebanyak AS$50 juta terhadap Heard berhubung penulisannya untuk kolum Washington Post.
Heard tak duduk diam dan mendakwa sering didera Depp memfailkan saman balas dengan menuntut AS$100 juta terhadap Depp.
Depp menafikan tuduhan dibuat Heard dan mengatakan bahawa sebenarnya bekas isterinya yang selalu bertindak ganas.
Kredit: Astro Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM