Trending
Pemandu Berang Kereta Sebelah Parkir Sehingga Himpit Kenderaannya
Ketika kita mengambil lesen di sekolah memandu dahulu, parkir merupakan antara perkara yang paling penting dipelajari kerana ia merupakan antara asas yang penting untuk dikuasai setiap pemandu.
Namun begitu, masih ada lagi segelintir pemandu yang tidak cekap memarkir kenderaan mereka sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
BACA: Ibu Bapa Serah Diri Lepas Video Anak 10 Tahun Memandu Ke Sekolah Viral
Parkir hingga himpit kereta sebelah
Tular satu video di TikTok yang menunjukkan tindakan sebuah kenderaan yang meletakkan kenderaannya sehingga menyebabkan sepasang suami isteri sukar untuk memasuki kereta mereka itu.
@auza_88 Ak syak owner tak tahan nak berak kot 🤪
♬ original sound – Penjenayah_Merahjambu
Dapat dilihat kereta yang menghimpit kenderaan pengguna tersebut memarkir dengan begitu rapat sehingga memasuki petak parkir kereta pengguna tersebut.
Belajar lesen, tapi kurang bijak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan tuan empunya kenderaan yang memarkir begitu sedangkan terdapat banyak lagi ruang di petak parkingnya.



Tidak hairan perkara sebegini masih berlaku kerana mungkin kemahiran pemandu tersebut masih lagi di tahap biasa. Tetapi, janganlah sampai rapat begitu sekali sehingga menyusahkan pengguna lain.
Kredit: TikTok auza_88
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
