Connect with us

Oh! Media

Netizen Kecam Suami Tekad Teruskan Kahwin Dua Walaupun Tahu Isteri Sedih

Ohmedia kahwin dua

Oh! Lifestyle

Netizen Kecam Suami Tekad Teruskan Kahwin Dua Walaupun Tahu Isteri Sedih

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan isterinya yang sedang membeli barang rombongan meminang telah mengundang perdebatan netizen.

Menerusi video tersebut, lelaki itu memaklumkan bahawa walaupun isterinya memberi izin untuk berkahwin lagi tetapi dia tahu bahawa isterinya sedang bersedih dan hatinya tidak redha sepenuhnya.

Bagaimanapun, dia tetap meneruskan niatnya untuk berkahwin lagi dan cuba untuk memastikan dia berlaku adil kepada isteri pertama dan bakal isteri keduanya.

IKLAN

Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tahu dia tengah sedih.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan meraih 1.5M tontonan, 58.8K tanda suka, dan 8K komen di laman TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan lelaki itu yang tetap meneruskan perkahwinan tersebut walaupun jelas mengetahui tentang isi hati isterinya.

Dia macam, “aku tahu dia sakit, biar aku sakitkan dia lagi.” – Netizen.

Walaupun tak salah untuk berpoligami, tapi aku tak sanggup sakitkan hati orang yang aku sayang. – Tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Apapun ini hal keluarga abang, janganlah kongsikan di media sosial lagi lepas ni.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas