Connect with us

Oh! Media

Anak Ahli Parlimen Belasah Kawan Sebab Kurang Ajar Dengan Ibunya?

Polis 1 1

Trending

Anak Ahli Parlimen Belasah Kawan Sebab Kurang Ajar Dengan Ibunya?

Baru-baru ini, anak kepada seorang ahli Parlimen di Melaka didakwa ‘belasah’ kawannya di sebuah rumah di Pernu, Melaka. Apa kes ni?

BACA : Pemandu Bas Cabul Penumpang Wanita Ketika Tidur

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada 2 Mei lepas selepas lelaki itu menghubungi kenalannya yang berusia 49 tahun itu untuk datang ke rumahnya. 

IKLAN

Menurut sumber, terdapat perselisihan faham yang berlaku selepas mangsa dituduh bersikap kurang ajar terhadap ibu suspek sebelum itu. Ketika berada di rumah suspek, berlaku satu pertengkaran yang membuatkan lelaki tersebut menumbuk kepala mangsa.

Malah suspek turut dikatakan menghantukkan kepalanya ke muka mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung selain meludah muka mangsa.

Perkara ini juga telah disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit selepas pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Kandang pada 6 Mei lepas.

Kes disiasat siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas