Connect with us

Oh! Media

Ada Dakwaan Nikah Senyap-Senyap Dengan Jutawan, Mawar Karim Nafi Tapi Akui Sedang Bercinta

Ohmedia mawar karim

Oh! Artis

Ada Dakwaan Nikah Senyap-Senyap Dengan Jutawan, Mawar Karim Nafi Tapi Akui Sedang Bercinta

Nama bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim tiba-tiba menjadi perhatian selepas ada pihak menuduh dirinya berhutang sehingga mendakwa Mawar boleh bangkrap. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Mawar dan mendedahkan ada pihak cuba menjatuhkannya.

BACA: Isu Bankrap, Mawar Karim Dedah Individu Dengan Gelaran ‘S’ Cuba Untuk Malukan Dirinya?

Terkini, Mawar sekali lagi dikatakan sudahpun bernikah dengan suami baru sebelum bulan Ramadan secara senyap-senyap dengan seorang jutawan di sebuah pusat peranginan.

IKLAN

Dakwaan itu turut dinafikan oleh Mawar tetapi dia mengakui sedang berkawan dan mengenal hati budi seseorang lelaki sejak tahun lalu.

Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seseorang. Saya harap doakan yang baik-baik supaya saya dapat belajar daripada pengalaman perkahwinan sebelum ini dan betulkan keadaan supaya tidak berulang lagi.

Mawar juga memberi bayangan mungkin akan bernikah dalam tahun ini. Apapun, dia mahu menyelesaikan dahulu kes mahkamah yang perlu dilaluinya sebelum memikirkan soal kahwin.

41609835878 mawarkarim

Pihak mStar turut cuba bertanya tentang adakah calon suaminya seorang ahli politik atau dalam kalangan selebriti. Mawar kemudian memberitahu lelaki itu hanya orang biasa dan mempunyai perniagaan sendiri.

Status saya mengenali seseorang sekarang ni dan dia orang biasa sahaja. Kami masih mencari chemistry antara anak saya Maryam dan orang tersebut. Berhubung status lelaki tersebut saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa.

Kita doakan sahaja agar Mawar dan anaknya ditemukan dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dapat bahagiakan mereka hingga akhir hayat hendaknya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas