Connect with us

Oh! Media

“Mulo-Mulo Nak Jatuhkan Kito, Lopehtu Viralkan Kito..” – Waris

1aa

Oh! Artis

“Mulo-Mulo Nak Jatuhkan Kito, Lopehtu Viralkan Kito..” – Waris

Kecoh diperkatakan di media sosial hari ini apabila tular video memaparkan penyanyi rap, Waris menyanyi di majlis agama. Rata-rata daripada netizen mengkritik persembahan yang dirasakan tidak sesuai dengan majlis ilmu seperti itu.

BACA: Waris Dikecam ‘Salah Pentas’ Gara-Gara Rap Di Majlis Ilmu?

Terbaru, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias tampil memberi penjelasan berkenaan video viral tersebut. Menurutnya, video itu sebenarnya dipotong daripada IGTV yang dimuatnaiknya di Instagram pada November tahun lalu.

IKLAN

Kata Waris, tahun lepas sudah ada cubaan untuk mengviralkan video tersebut tetapi gagal, namun kali ini individu itu berjaya membuatkan orang ramai marah.

Difahamkan persembahan itu dibuat di Masjid Ibnu Khaldun sempena sambutan Maulidur Rasul.  

Photo1648826765

Dalam hantaran lain, Waris memberi bayangan seolah-olah ada pihak yang cuba menjatuhkannya dengan menviralkan video lama.

Waris4

Mulo2 nak jatuhkan kito..
Lopehtu viral kan kito..
Kocam kito maki kito..

Kito ok jo

P/S : tak takut siksa kubur ke ?

Penyanyi ini turut memberi pesanan berbunyi, “Tak takut siksa kubur ke?”.

Kredit: Instagram warisn9

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas