Connect with us

Oh! Media

Misteri Pemuda Hilang Terjawab, Adik Terkejut Jumpa Mayat Abang

Article 2 29 3

Trending

Misteri Pemuda Hilang Terjawab, Adik Terkejut Jumpa Mayat Abang

Seorang adik terkejut apabila terjumpa mayat abangnya yang lemas di sungai Kampung Tanjung Pagar, Dungun Terengganu.

BACA: Kereta Terbakar Tepi Jalan, Mayat Lelaki Ditemukan Rentung

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa, Mohd Shafeqal Mohd Fadli yang tidak pulang ke rumah sejak 26 Mac lalu akhirnya ditemui oleh adiknya dalam jam 12 tengah hari, semalam.

IKLAN

Mayat mangsa terbaring di tepi sungai

Polis nafi ubah logo pasukan, gugur kalimah Allah, Muhammad - Yayasan  Dakwah Islamiah Malaysia

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah, adik mangsa telah cuba mencari abangnya yang tidak pulang ke rumah selepas hari kejadian.

Adik mangsa kemudian menjumpai motosikal milik abangnya itu berada di tepi sungai terbabit, namun gagal menemui abangnya itu.

Keluarga mangsa terus menyambung pencarian itu dan sekali lagi pergi ke sungai terbabit dua hari selepas itu sebelum menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring di kawasan tepi sungai.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa dipercayai telah lemas ketika mandi di kawasan sungai tersebut kerana pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mangsa.

Sebelum mayat mangsa diserahkan untuk urusan pengebumian, mangsa telah dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas