Connect with us

Oh! Media

Resipi Butter Cake ‘Moist’, Sangat Gebu Dan Sedap!

Article 4 24 3

Trending

Resipi Butter Cake ‘Moist’, Sangat Gebu Dan Sedap!

Siapa suka makan butter cake? Haa biasanya korang akan beli je kan kek butter ni? Dah ramai yang buat jual, tapi kadang-kadang ada yang tak mencapai piawaian tekak korang kan? Hahah.

Sekali sekala, apa kata korang buat sendiri je kek butter ni! Kalau nak beli, memerlukan kos yang mahal sebab banyak mulut yang nak makan kek butter ni. Jadi kalau buat sendiri, korang dapat jimat banyak tau!

Hari-hari tak kerja tu, korang pergi kedai yang jual barang kek, beli bahan dan buat! Minum petang dengan ahli keluarga sambil makan butter cake ni, memang indah sangat. Jom kita buat!

IKLAN

Bahan-bahan

May be an image of food, indoor and text that says 'BAKE WITHYEN DUTCH LADY GOLDEN GOLDENHR DE CHURN PROFESSIONAL CREAM MILK PASTRIES SALTED BUTTER SINGE 1896 250g NET 1.1kg SUPER MS Ref/ 1017-10/2005'
  • 150 gram Butter yang dicairkan, kalau nak sedap, boleh guna pure butter
  • 170 gram Gula castor
  • 210gm Tepung gandum
  • 5 biji Telur grade A
  • 50gm Ovallete
  • 50ml Susu full cream
  • 1 sudu Teh esen vanila
  • 1/2 Sudu teh baking powder

Cara-cara

Untuk buat butter cake, korang boleh satukan semua bahan dalam satu bekas, kecuali butter.

Pukul bahan-bahan tadi menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi, sehingga adunan jadi kembang putih.

Dah kembang putih, korang masukkan butter yang dibiarkan sejuk sedikit. Kaup dan balikkan dengan menggunakan spatula untuk bagi adunan sekata.

Dah siap, korang panaskan oven pada suhu 160 degree celcius selama 5 minit.

Kemudian, korang boleh masukkan adunan tadi dalam loyang 8×8 yang sudah dialas dengan baking paper. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Dah masak, keluarkan butter cake dan terbalikkan atas redai selama 10 minit. Siap!

May be an image of dessert
May be an image of cake

Mudah je kan? Korang bolehlah sediakan kek butter ini untuk suami atau keluarga semasa Hi-tea! Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas