Connect with us

Oh! Media

Wanita OKU Dirogol, Lahirkan Bayi Dalam Mangkuk Tandas

Rogol

Trending

Wanita OKU Dirogol, Lahirkan Bayi Dalam Mangkuk Tandas

Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) disyaki telah dirogol sebelum ini dan melahirkan bayi lelaki dalam tandas rumahnya di Kampung Cherang Ruku kelmarin.

BACA : Sengaja Hantar Mesej Lucah Kepada Wanita Tidak Dikenali, Lelaki Didenda RM6k

Menurut laporan Kosmo, ianya berlaku kira-kira pada 10.40 malam ketika ibu kepada wanita yang mempunyai masalah pertuturan itu menyedari kejadian itu.

IKLAN

Walaubagaimanapun, ibu saudara mangsa tampil sebagai wakil membuat laporan polis tentang kejadian berkenaan bagi menggantikan ibu serta bapa mangsa dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Ibu mangsa memaklumkan bahawa dia langsung tidak mengetahui anak sulungnya mengandung sebelum menyedari mangsa melahirkan bayi di dalam tandas rumah kerana tidak nampak sebarang perubahan, cuma badannya kelihatan berisi.

Kepala bayi lelaki berkenaan dikatakan dalam lubang tandas ketika beranak dan mujur sempat diselamatkan ibu kepada wanita berkenaan. 

Ibu mangsa turut memberitahu bahawa anaknya memang tidak keluar rumah dan hanya ditemani bapanya saja. Mangsa juga dikatakan pernah tinggal bersama saudaranya pada Mei tahun lepas ketika ibunya keluar kerana ada urusan.  

Jadi, ibu mangsa beranggapan bahawa anaknya telah dirogol dalam rumah oleh suspek. Semoga si pelaku berjaya ditangkap dengan segera.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas