Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Perluas Kemudahan Cuti Kuarantin Bermula 4 Mac

Cover Photo Om 1200 X 675 71

Trending

Kerajaan Perluas Kemudahan Cuti Kuarantin Bermula 4 Mac

Lapor Astro Awani, kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti kuarantin kepada lain-lain penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin atau memerlukan pengasingan berkuat kuasa 4 Mac ini.

BACA: Bos Minta MC Atau Unpaid Leave Kalau Positif Covid? Netizen Keliru Dengan Arahan HSO

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah di mana sebelum ini kemudahan cuti kuarantin hanya tertakluk kepada enam jenis penyakit berjangkit iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut, demam denggi, demam denggi berdarah, campak, difteria dan malaria.

IKLAN

Kini, kerajaan telah menambah baik kemudahan itu dengan memasukkan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan pegawai perubatan bertauliah daripada sektor kerajaan mahupun swasta.

Newpicture146
Sekadar gambar hiasan Foto Google

Maklum Shafiq lagi, menerusi penambahbaikan itu, nama kemudahan cuti kuarantin kini telah dipinda kepada ‘kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin atau memerlukan pengasingan’.

Takrif anak itu adalah anak kandung, anak tiri tangunggan, anak angkat de facto, anak angkat dan juga anak pelihara.

Manakala kadar tempoh cuti atau bilangan hari kemudahan kuarantin adalah maksimum lima hari bagi setiap kes atau selama mana tempoh perakuan yang diberikan mana-mana pegawai perubatan bertauliah.

“Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon cuti rehat/cuti rehat khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.” katanya lagi.

Penambahbaikan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan namun tertakluk kepada pihak berkuasa masing-masing.

Surat Edaran JPA

Untuk sebarang persoalan atau kekeliruan, korang bolehlah merujuk kepada portal rasmi JPA. Klik sini.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas