Connect with us

Oh! Media

(Video) Pemandu BMW Diburu Selepas Langgar Lari 3 Penunggang Motosikal Dalam Tempoh 1 Jam

ohmedia kemalangan

Trending

(Video) Pemandu BMW Diburu Selepas Langgar Lari 3 Penunggang Motosikal Dalam Tempoh 1 Jam

Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook dan TikTok, tiga video yang memaparkan kemalangan melibatkan sebuah BMW dengan beberapa penunggang motosikal.

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Muqri Abdul Jabar, abangnya merupakan salah seorang rider penghantar makanan yang telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW berwarna gelap.

Lebih teruk lagi, pemandu BMW itu memecut laju meninggalkan abangnya begitu sahaja di tempat kejadian.

IKLAN

Selang beberapa jam selepas itu, dua lagi rakaman dashcam di mana pemandu BMW yang sama telah melanggar dua lagi rider berasingan. Menurutnya, ketiga-tiga kemalangan tersebut berlaku dalam tempoh satu jam.

Meninjau di ruangan komen, ada saksi yang menyatakan memang pemandu BMW itu membawa keretanya dalam keadaan sangat berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Aku rasa dia ada dendam dengan semua rider motor kut. tulis seroang netizen.

Bukan motor je dia sodok, kereta pun dia sodok. Baru semalam terserempak dengan kereta ni dekat area situ, rasanya dia memang duduk area sana-sana je. tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Sehingga kini, orang ramai telah berkongsikan video berkenaan bagi membantu mangsa-mangsa yang tidak bersalah untuk menangkap pemandu BMW terbabit.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas