Connect with us

Oh! Media

“Fikir Secara Waras” – Dato’ Hattan Tempelak Produksi Panggil Peserta Tak Boleh Nyanyi

Cover Photo Om 1200 X 675 22

Oh! Artis

“Fikir Secara Waras” – Dato’ Hattan Tempelak Produksi Panggil Peserta Tak Boleh Nyanyi

Penyanyi terkenal, Dato’ Hattan menegur pihak produksi rancangan realiti yang menampilkan peserta tidak boleh menyanyi ke pentas pertandingan.

BACA: “Siapa Yang Koba Nilai 3 Dalam Selangor?” – Datuk Hattan Ulas Isu Nilai 3 Dalam Negeri Selangor

Menurut beliau, sebagai penganjur mereka seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengangkat industri seni ke tahap yang lebih tinggi.

IKLAN

Tak tengok masa rehearsal?

Pelantun lagu “Rendang Tak Berbuah” ini turut mempersoalkan motif penganjur memanggil peserta itu, adakah ianya semata-mata untuk menaikkan rating rancangan sahaja.

Takkan producer tak tengok masa rehearsal? You know peserta tak boleh nyanyi. Kenapa you panggil juga? Tujuan apa you nak buat? Nak rating?

Jelas Dato’ Hattan lagi, perkara ini sangat memalukan kerana program ini turut disertai peserta dari Indonesia.

Pasal ada sejuta dua juta pengikut you entitled walau persembahan macam itu punya standard, punya sampah.

Nyanyi-nyanyi juga, maruah penting.

Beliau turut menggesa produksi supaya berfikir berpuluh kali sebelum membuat sebarang keputusan. Iyalah, juri pun bukan biasa-biasa, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza lagi tu.

Video penuh:

Kredit: Instagram Dato Hattan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas