Connect with us

Oh! Media

Majlis Anjuran Parti Politik Kantoi Tak Ikut SOP, Polis Buka Kertas Siasatan

Bbbd732e e17b 4b6d 8169 41e5f7c476fb

Oh! Negara

Majlis Anjuran Parti Politik Kantoi Tak Ikut SOP, Polis Buka Kertas Siasatan

Sebuah majlis anjuran parti politik dipercayai telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun membuka kertas siasatan berhubung kejadian yang berlaku di Jalan Tun Ismail, Chow Kit semalam.

BACA : Polis Siasat Majlis Perkahwinan Pasangan Selebiriti Terkenal, Didakwa Langgar SOP?

Menurut laporan Kosmo, terdapat satu gambar yang dimuatnaik di media sosial tular sebelum pihak polis mengesan terdapat pelanggaran SOP di majlis berkenaan.

IKLAN

Dalam gambar berkenaan, terdapat beberapa individu yang kelihatan tidak memakai pelitup muka dan telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Susulan itu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 21(a) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 16(1) Kawalan Pergerakan Penyakit Berjangkit.

Tak kisahlah siapapun dan majlis apa yang dihadiri, SOP tetap kena jaga! Apapun, ikutlah SOP yang telah ditetapkan supaya dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak. Bila kes naik tahu pula nak bising!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas