Trending
Wanita Hubungi Polis Selepas Tikam Kekasih Guna Pedang
Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat, seorang wanita ditangkap kerana membunuh teman lelakinya menggunakan sebilah pedang pada malam 24 Disember, Jumaat lalu.
BACA: Polis Siasat Majlis Perkahwinan Pasangan Selebiriti Terkenal, Didakwa Langgar SOP?
Menurut laporan Kosmo, Brittany Wilson berada di luar rumah teman lelakinya pada malam kejadian dengan pakaian berlumuran darah.
Motif pembunuhan tidak diketahui

Wanita itu sendiri telah menelefon dan memberitahu polis selepas pukul 11 malam Jumaat lepas, bahawa dia telah membunuh teman lelakinya yang bernama Harrison Foster.
Harrison Foster ditemui dengan beberapa kesan tikaman pada badannya. Motif pembunuhan ini masih belum diketahui oleh pihak polis.
Brittany Wilson kini ditahan dan bon ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$2 juta iaitu RM8.37 juta. Brittany kini berdepan dengan pertuduhan membunuh dengan niat dan perbuatan jenayah menggunakan senjata.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM