Connect with us

Oh! Media

Motosikal Bertembung Dengan Jengkaut, Remaja Lelaki Meninggal Dunia

Artikel 1 812

Trending

Motosikal Bertembung Dengan Jengkaut, Remaja Lelaki Meninggal Dunia

Kejadian di Jalan Baling-Weng-Tanjung Pari di Kampung Bandar, Kedah, seorang remaja telah meninggal dunia, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah jengkaut.

BACA: Basikal Dirempuh Kereta, Pelajar Lelaki Maut Tercampak Tepi Jalan

Menerusi laporan Kosmo, kejadian yang berlaku pada jam 9 malam tadi telah meragut nyawa seorang remaja lelaki, Muhamad Aiman Nor Hakim Rosidan, berumur 19 tahun dan rakannya Muhammad Aiman Shah Shukri, 18 tahun mengalami cedera parah.

IKLAN

Motosikal bertembung dengan jengkaut

Screenshot 2021 12 08 at 124319 pm
Situasi di tempat kejadian Foto Kosmo

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat menyatakan, kedua-dua remaja itu terlibat dengan kemalangan semasa dalam perjalanan dari arah Baling menghala ke Weng.

Sebaik tiba di tempat kejadian iaitu di Kampung Bandar, penunggang motosikal dipercayai tidak lepas memotong sebuah kenderaan lain dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan jengkaut.

Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan.

Menurut laporan Kosmo, mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semoga pembaca mengambil iktibar dari kisah ini dan pandulah kenderaan anda dengan berhemah dan cermat. Semoga keluarga mangsa ikhlas dengan pemergiannya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas