Connect with us

Oh! Media

“Tak Nak Tegur Bini Ke?” – Ariz Ramli Jawab Persoalan Netizen Mengenai Aurat Isteri

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 12 06t160352661

Oh! Artis

“Tak Nak Tegur Bini Ke?” – Ariz Ramli Jawab Persoalan Netizen Mengenai Aurat Isteri

Penyanyi rap yang kini dikenali sebagai Ariz Ramli tidak lekang dengan kontroversi meskipun sudah berumahtangga. Sebelum ini, anak tirinya menjadi mangsa kecaman gara-gara ‘duduk’ di atas bahu sambil bermain kepalanya.

BACA: “Tak Usah Panggil Caprice Lepas Ni” – Mahu Dikenali Sebagai ‘DaddyCap’ Atau Ariz Ramli

Bukan itu sahaja, isterinya, Farra Inalis turut ditegur kerana tidak menutup aurat dengan sempurna. Netizen mendesak Ariz supaya menasihati isterinya untuk berpakaian lebih sopan.

IKLAN

Memberi respon kepada teguran itu, penyanyi ini berkata dia sebagai seorang suami sudah menasihati dengan cara baik. Dia tidak mahu terlalu mendesak menyebabkan isteri berubah semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.

I want her to change kerana Allah. It has been tough for her ever since i threw her into my world and public life but insyaAllah i hope she gets here again one day @farra_inalis

Menurut Ariz lagi, dia banyak memberi contoh selebriti yang telah berhijrah seperti Zizi Kirana, Fazura dan Izara Aishah untuk membakar semangat isterinya.

262428934 423821052717080 3755665933440726056 n

Baru semalam kita gaduh sikit sebab dia soal kenapa i jarang post gambar dengan dia dekat my main-page IG. I told her the only way I post gambar sama-sama dengan dia dekat sini is if dia berhijab.

Mengenai teguran para netizen, Ariz sangat menghargai segala nasihat yang telah diberikan. Dia akan berusaha untuk menjadi suami dan bapa yang terbaik buat keluarga kecilnya itu.

Kredit: Instagram Daddycapofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas