Oh! Gear
Lamborghini Lancar Kerusi Gaming Dengan Kerjasama Secretlab
Lamborghini yang merupakan pengeluar kereta berkuasa tinggi popular di dunia telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu kerusi gaming. Biar betul?
BACA : Dapatkan Predator Gaming Chair X OSIM Dengan Potongan Harga Sehingga 50 Peratus
Menurut laporan Careta, Lamborghini telah bekerjasama dengan Secretlab untuk menghasilkan kerusi gaming tersebut. Pergh! Korang bolehlah rasa macam duduk atas Lamborghini tambah lagi bila main game ‘racing’. Terbaik gila!
Tidak asing lagi, Sercetlab merupakan produk gaming popular yang menjadi pilihan ramai sejak beberapa tahun lalu disebabkan kualitinya yang baik bersama rekabentuknya yang mantul.

Kerusi gaming terbaru dari jenama supercar dari Itali bersama Secretlab ini ditawarkan dalam dua varian iaitu standard dan Pinnacle Edition. Apa yang membezakan mereka adalah kemasan gentian karbon, serta plush Alcantara pada Pinnacle Edition di mana kombinasi dua bahan ini adalah sama seperti yang ditawarkan pada kereta-kereta Lamborghini.
Di bahagian penyandar, terdapat sulaman logo Lamborghini dan Secretlab yang sememangnya nampak premium. Walaubagaimanapun, harga kedua-kedua varian bagi kerusi gaming ini masih belum didedahkan lagi. Apa pandangan korang?
Kredit: Careta
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM