Connect with us

Oh! Media

Turki Pilih Dan Letak Kepercayaan Kepada Malaysia Untuk Hasilkan 18 Jet Tempur ‘Hurjet’?

ohmedia hurjet malaysia turki

Oh! Gear

Turki Pilih Dan Letak Kepercayaan Kepada Malaysia Untuk Hasilkan 18 Jet Tempur ‘Hurjet’?

Semangat terus rasa berkobar-kobar lepas tahu pasal perkara ni! Siapa tak semangat bila negara tercinta Malaysia kini bakal menghasilkan jet tempur bersama Turki.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries, Prof Temel Kotil di mana Turki merancang untuk mengeluarkan jet tempur ‘Hurjet’ dengan Malaysia.

440px tai hurjet teknofest2019 1

15 jet tempur akan dihasilkan di Malaysia

Kotil turut memaklumkan sebanyak 15 buah jet tempur akan dihasilkan di Malaysia dan 3 buah lagi di Turki jika proses tender berjaya.

IKLAN

Kami mahu menyumbang kepada pembangunan kapasiti Malaysia untuk menghasilkan pesawat seperti itu kerana Malaysia dilihat antara negara terbaik untuk bekerjasama secara strategik di Asia Pasifik. – Katanya.

maxresdefault 17

Hurjet adalah pesawat Advanced Jet Trainer dan Light Attack yang terkini dicipta oleh Turki. Pesawat pertama Hurjet juga dijangka siap pada suku akhir 2022 nanti.

Sudah 750 projek industri pertahanan Malaysia Turki dijalankan

Jika ada yang bertanya ke mana halatuju pertahanan Malaysia, inilah salah satu daripadanya. Duta Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci turut memaklumkan sebanyak 62 projek industri pertahanan masih berjalan di Turki pada 2002, kini jumlah itu sudah melebihi 750.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas