Connect with us

Oh! Media

Jalan Ketika Lampu Isyarat Merah, Penghantar Makanan Dilanggar Sebuah Kereta

0a449d71 8876 45fd af89 936edb602991

Trending

Jalan Ketika Lampu Isyarat Merah, Penghantar Makanan Dilanggar Sebuah Kereta

Tugas seorang penghantar makanan sangatlah berisiko kerana boleh dikatakan hampir seharian mereka berada diatas jalanraya ketika menjalankan tugas. 

BACA : Imam Meninggal Dunia Dilanggar Imam Pertama Surau Selepas Tunaikan Solat Subuh

Baru-baru ini, terdapat satu video tular berdurasi 12 saat menunjukkan seorang rider penghantar makanan dilanggar sebuah kereta. Apa kes ni?

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, penghantar makanan yang merupakan lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dilanggar sebuah kereta kerana jalan ketika lampu isyarat sedang merah. Memang patutlah pun sebab tak ikut undang-undang. 

Kejadian berlaku Jalan SS2/24, Petaling Jaya pada pukul 4.30 petang dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Kemalangan itu telah membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang penghantar makanan tersebut.

Ketika kejadian, lampu isyarat dari arah SS2/54 iaitu laluan kereta berkenaan adalah hijau sebelum melanggar motosikal yang tidak berhenti ketika lampu isyarat sedang merah.

Masa memang berharga tapi nyawa pun berharga juga. Kalau nak cepat sekalipun, jangan lupa fikirkan keselamatan diri sama. Apapun, diharapkan kita semua sentiasa berhati-hati dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan ketika berada diatas jalanraya.

Kredit: Harian Metro 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas