Connect with us

Oh! Media

PAS Akan Guna Lambang Perikatan Nasional Dalam PRN Melaka

pas

Oh! Negara

PAS Akan Guna Lambang Perikatan Nasional Dalam PRN Melaka

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan berlangsung tak lama lagi dan lambang Perikatan Nasional (PN) akan digunakan PAS nanti.

BACA : PRN Melaka Sah Diadakan Pada 20 November Ini

Menurut laporan Harian Metro, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telahpun meluluskan perkara ini semalam dan ianya dikatakan sendiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi satu kenyataan di akaun Facebook miliknya.

IKLAN
39f38f48 fc98 400d b839 78768011752b

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang berlangsung pada 1 November di Pejabat Agung Pas Pusat telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

Sepertimana semua tahu, PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini dan terpaksa diadakan selepas pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober lalu sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan negeri.

Kesemua parti politik yang terlibat juga dinasihatkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telahpun ditetapkan supaya dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas