Oh! Artis
“Director Terawal Kesan Bakat Saya, Hadiahkan Amy Mat Piah Dan Deris” – Que Haidar
Pemergian pengarah tersohor, Mamat Khalid sememangnya meninggalkan kesan mendalam terhadap peminat-peminat filem tempatan. Karya-karya yang dihasilkan allahyarham bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai pengajaran yang tersirat.
BACA: Pengarah Mamat Khalid Disahkan Meninggal Dunia
Di media sosial, tular pula rakaman siaran langsung memaparkan pelakon terkenal, Que Haidar yang terkejut selepas mendapat berita pemergian tersebut. Difahamkan, ketika itu dia sedang ‘live’ di aplikasi TikTok.
Sedang asyik melayani peminat, tiba-tiba bahagian komen ‘live’ itu dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai.
Kesiannya Que Haidar tahu pasal Mamat Khalid meninggal through his Tiktok Live ☹️
— SHIKIN YLEO (@shkinmohd_yleo) October 23, 2021
Terkejut muka dia tiba-tiba viewers semua tanya dia pic.twitter.com/H77GJDZEfL
Selepas mendapat kesahihan berita itu, Que dilihat memuat naik ucapan takziah beserta beberapa keping foto kenangan bersama allahyarham Mamat Khalid. Menurutnya, Mamat Khalid adalah antara pengarah terawal yang mengesan bakat di dalam dirinya.
@quehaidar Antara director terawal mengesan bakat saya. Bermula dgn 1 commercial Putrajaya, seterusnya menghadiahkan saya Amy Mat Piah juga Deris, Al fatihah 💔
♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid
Perjalanan karier seninya bermula dengan sebuah iklan di Putrajaya. Dia kemudian dihadiahkan watak Amy Mat Piah (Rock Oo!) dan Deris (Zombi Kampung Pisang). Meninjau ke bahagian komen, orang ramai turut meluahkan rasa hiba dengan pemergian sebuah permata itu. Mereka mengakui akan merindui karya-karya istimewa daripada Mamat Khalid.
Al-Fatihah dan salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga allahyarham.
Kredit: Twitter shikindombeauty | TikTok @quehaidar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM