Connect with us

Oh! Tech

Facebook, Instagram, Whatsapp Sahkan Terdapat Gangguan Dan Akan Atasinya Secepat Mungkin

Korang ada masalah untuk akses Facebook, Instagram dan Whatsapp tak? Untuk pengetahuan, ketiga-tiga aplikasi ini sedang menghadapi masalah dan ianya telahpun disahkan mereka sendiri.

Menurut laporan Harian Metro, masalah ini telah dikesan berlaku pada pukul 11:30 malam (waktu Malaysia) berdasarkan petikan dari DownDetector. Ia juga mengatakan terdapat lebih dari 40,000 pengguna yang sudahpun membuat aduan berkenaan perkara ini.

IKLAN

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga sosial media itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan masalah ini melalui Twitter masing-masing. Mereka juga dikatakan sedang menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.

Menyirap ke tu? Bersabarlah, ini semua ujian. Kah! 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas