Connect with us

Oh! Media

Ini Apa Terjadi Kepada 11 Ekor Bangkai Penyu Hijau Yang Dijumpai Di Pulau Semporna

ohmedia penyuhijau

Trending

Ini Apa Terjadi Kepada 11 Ekor Bangkai Penyu Hijau Yang Dijumpai Di Pulau Semporna

Kejam dan tak berhati perut! Itulah apa yang kami rasakan selepas melihat gambar bangkai penyu yang dibunuh dengan kejam. Kejadian ini dilaporkan Berita Harian di mana sebanyak 11 bangkai penyu hijau ditemukan di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, Semporna.

Berdasarkan laporan Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias, mereka telah melakukan operasi Op Bersepadu Khazanah bersama Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan. Sebaik tiba di lokasi pada jam 6 pagi, mereka bukan hanya menemui bangkai, tetapi turut menjumpai karung yang menyimpan isi penyu yang telah dimasak termasuk peralatan memasak.

Ini bermakna tempat itu baru sahaja ditinggalkan suspek dan mungkin telah melarikan diri sebaik sahaja melihat penguatkuasa.

IKLAN
02penyu 1633166820

Pemeriksaan di sekitar lokasi tidak menemui suspek yang dipercayai terbabit dalam aktiviti berkenaan. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997.

Pihak mereka turut menganggarkan nilai daging penyu yang dirampas sekitar RM8,200 mengikut harga pasaran semasa.

AMK Sabah gesa pihak berkuasa cari dalang pembunuhan 11 penyu hijau

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin menegaskan kejadian ini tidak boleh dibiarkan. Ini kerana populasi global Penyu semakin merosot saban tahun. Penyu memainkan peranan sangat penting dalam ekosistem hidupan laut. Selain menjaga dasar laut dan terumbu karang, ia juga dalam jaringan makanan hidupan laut.

Perubahan iklim, pencemaran serta pembangunan pesisir pantai sudah cukup mendorong kepada kepupusan haiwan istimewa ini. Memburu daging serta telur Penyu memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kerapuhan keseimbangan ekosistem laut kita. – Katanya.

Sedih bila lihat hidupan laut diperlakukan seperti ini dan semoga suspek berjaya ditahan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas