Connect with us

Oh! Media

Kes Pembunuhan Adib Ditutup Sementara, Keluarga Tak Puas Hati Dan Harap Siasatan Diteruskan

Ohmedia adib

Trending

Kes Pembunuhan Adib Ditutup Sementara, Keluarga Tak Puas Hati Dan Harap Siasatan Diteruskan

Sehingga kini, masih tiada sebarang jawapan tentang kes kematian anggota Bomba Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah. Kejadian ini berlaku pada 27 November 2018 selepas berlaku kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

BACA: “Polis Tidak Berhubung Dengan Saya” – Bapa Adib Kecewa

Selepas siasatan dilakukan, pada 27 September 2019 pihak Mahkamah Koroner Shah Alam telah memutuskan kes ini adalah akibat jenayah yang dilakukan dua atau tiga orang individu yang gagal dikenalpasti sehingga kini.

IKLAN

Kes ditutup sementara

Image 1

Bagaimanapun Sabtu lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata kerajaan kini akan memberi fokus untuk memberikan bantuan kepada ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib. Ini selepas kes ini telah dilaporkan akan ditutup sementara dan akan dibuka semula jika ada sebarang bukti baharu.

Keluarga Muhammad Adib tidak berpuas hati

Sudah pasti keputusan menutup sementara kes ini tidak akan diterima keluarga mangsa. Perkara ini diluahkan bapa Adib yang berharap pihak berkuasa akan tetap meneruskan siasatan kes anaknya yang masih belum terbela.

Kd012 87cm

Sekiranya mahu tutup sementara, tetapi dalam masa sama pihak berkuasa meneruskan siasatan, itu tidak apa, kita cuma tak mahu kes ditutup terus.

Saya harap pihak polis terus melakukan siasatan, jika ada (siasatan) mesti akan ada petunjuk baharu. – Katanya kepada Berita Harian.

Mohd Kassim juga mengatakan dia akan berbincang dengan peguam keluarga untuk memastikan kes itu diteruskan. Jika kes Adib ini tidak terbela, pastinya ia akan mengecewakan ibu bapa arwah. Semoga arwah Muhammad Adib tenang di sana dan mendapat pembelaan di dunia. Al-Fatihah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas