Connect with us

Oh! Media

Apakah itu ‘Call Room’ Dan Kepentingannya Kepada Atlet?

Call Room

Trending

Apakah itu ‘Call Room’ Dan Kepentingannya Kepada Atlet?

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita penarikan semula pingat emas milik Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20.

BACA: Kenyataan Rasmi World Para Athletics Isu Penarikan Emas Ziyad Zolkefli

Hal itu selepas kem Ukraine membuat protes akan keputusan itu sekaligus menganugerahkan pingat emas kepada atlet Ukraine, Maksym Koval.

IKLAN

Menurut sumber, Ziyad dikatakan tidak berada di call room mengikut waktu yang ditetapkan oleh penganjur sebelum acara tersebut dimulakan.

Perkara itu sememangnya menghampakan rakyat Malaysia terutamanya Ziyad yang baru sahaja mencipta rekod dunia baharu dalam acara tersebut di Paralimpik.

Apakah itu call room?

Dzejdkbwsaak28u

Sudah semestinya punca penarikan pingat disebabkan oleh call room. Tetapi masyarakat Malaysia mungkin tertanya-tanya apakah maksud disebaliknya.

Menurut info daripada laman web Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), call room adalah bilik menunggu yang dikhaskan kepada para atlet untuk berkumpul sebelum perlawanan bermula.

Dalam ruangan tersebut, tiada perbincangan saat akhir berlaku bagi mengelakkan berlakunya sebarang ketidak adilan dalam kalangan atlet yang bertanding.

Dalam beberapa acara sukan, ruangan itu terbahagikan kepada dua bilik iaitu bilik pertama untuk pemeriksaan dan kedua sebagai tempat berkumpul para atlet.

Sebagai contoh dalam acara renang, pada bilik pertama akan berlakunya pemeriksaan terhadap sut renang, goggle, topi renang dan sebagainya. Bagi bilik kedua, mereka akan berkumpul dan disusun mengikut giliran.

Kepentingan bilik tersebut

Ketika atlet berada di bahagian ini, ia merupakan peluang kepada mereka bagi menenangkan perasaan takut sebelum keluar ke gelanggang.

Pada saat itulah, mereka juga akan berhadapan dengan pihak lawan (face to face) dan terdapat pihak yang menganggap call room ini sebagai permulaan perlawanan sebenar.

Hal itu memberi peluang kepada sesetengah atlet untuk menguji kekuatan mental peserta lain sebelum memulakan acara.

Selain itu, adalah penting bagi para atlet berada di call room pada waktu yang ditetapkan untuk memastikan acara bermula dengan lancar dan tepat pada masanya serta mengelakkan berlaku sebarang ketidak adilan seperti yang berlaku baru-baru ini.

Sejujurnya kita mungkin tidak mengetahui keadaan pada call room bagi acara yang disertai Ziyad, namun kita berharap beliau tabah menghadapi keputusan dan meneruskan perjuangan bagi mengharumkan nama Malaysia.

Kredit: Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) I Remaja I World Para Athletics

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas