Connect with us

Oh! Media

Dah Buang Dekat Pasar, ‘Owner’ Selamba Minta Semula Kucing Bila Dah Cantik

Cover Photo Om 1200 X 675 55

Trending

Dah Buang Dekat Pasar, ‘Owner’ Selamba Minta Semula Kucing Bila Dah Cantik

Bagi seorang pencinta kucing, haiwan itu bukan sekadar peliharaan tetapi sudah menjadi sebahagian daripada hidup. Mereka membelai dengan penuh kasih sayang supaya haiwan ini hidup dengan sihat dan ceria. Namun, ada juga sesetengah orang yang membuang haiwan ini di tepi jalan apabila sudah tua atau sakit.

BACA: (VIDEO) Gelagat Kucing Protes Minta Air Undang Rasa ‘Geram’ Netizen

Seperti perkongsian lelaki ini, dia menerima pesanan mesej di Facebook daripada seorang individu yang mengaku ‘tuan’ empunya kucing yang bernama ‘Abuja’. Individu itu mengaku meninggalkan kucing itu di pasar kerana tidak mampu menanggung kos rawatan.

IKLAN
Kucing

Akhirnya Tuan sebenar Abuja dah muncul. Dia nak balik Abuja setelah sekian lama aku rawat dia. Siap nak buat report polis guys. Kejam tak kalau aku tak pulangkan balik.

Namun apa yang peliknya, dia meminta lelaki ini memulangkan semula kucing setelah melihat Abuja sihat dan comel. Individu itu memberi alasan dahulu dia tiada masa untuk menjaga Abuja sehingga Abuja jatuh sakit.

Malah, dia turut menafikan membuang kucing itu sebaliknya hanya meletakkannya sahaja di pasar.

Kucing
Kucing

Berasa berang dengan alasan tidak munasabah itu, lelaki ini enggan menyerahkan kembali Abuja kerana sudah menganggapnya sebagai anak sendiri. Individu itu walau bagaimanapun mengugut mahu melaporkan kejadian kepada polis jika tidak mendapat kerjasama.

Apa pendapat anda?

Kredit: IzHaikal Mairee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas