Connect with us

Oh! Media

Aston Martin Bakal Keluarkan Kereta Edisi Terhad JDT?

6f435174 e637 4606 9673 3caf31d54ef1

Oh! Gear

Aston Martin Bakal Keluarkan Kereta Edisi Terhad JDT?

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan yang mereka menjalinkan kerjasama dengan syarikat permotoran British, Aston Martin Racing Asia. Pergh! Terbaiklah.

Dengan kerjasama ini, Aston Martin akan mengeluarkan kereta dengan edisi terhad ‘JDT’ dan hasil keuntungan penjualan kereta tersebut akan dikongsi kedua-dua pihak. 

Menerusi perkongsian di Facebook Johor Southern Tigers, kereta-kereta Aston Martin telah tiba di Stadium Sultan Ibrahim untuk kerjasama bersama JDT.

IKLAN

Kami berbangga dan gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat syarikat pemotoran tersebut, yang berpusat di Britain.

Kerjasama ini bukan saja memberikan nilai kewangan kepada JDT, malah membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing Asia bekerjasama dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Kelab JDT yang telah ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan juara Liga Super di Malaysia tujuh kali berturut-turut dan Aston Martin pula merupakan juara lumba enduran 24 Hours of Le Mans 2020.

Agak-agak design kereta kerjasama Aston Martin bersama JDT ni macam mana ya? Pergh! Tak sabar nak tengok.

Kredit: Facebook Johor Southern Tigers | Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas