Connect with us

Oh! Media

Balu Arwah Harap Suami Mangsa Terakhir Pemandu Mabuk

Baluiujpg

Umum

Balu Arwah Harap Suami Mangsa Terakhir Pemandu Mabuk

Sayu apabila mendengar harapan dari seorang isteri yang kehilangan suami tersayang akibat dirempuh oleh pemandu mabuk. Kejadian yang berlaku pada hari raya kedua itu, telah meranapkan hati seorang isteri dan mengharapkan agar hukuman yang setimpal dikenalan terhadap pemandu yang mengakitbatkan kematian suaminya disebabkan kecuaian sendiri.

Harapan untuk hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk ini sebenarnya sudah lama diminta oleh semua rakyat Malaysia kerana kita tidak mahu mendengar lagi apa-apa berita kematian yang berpunca dari individu yang bersikap pentingkan diri seperti ini. Sudah ramai yang hilang nyawa dek kerana minuman arak ni.

Harapan saya biarlah suami saya ini mangsa yang terakhir. Jangan ada lagi. Walau nyawa dibalas nyawa sekali pun tak mampu kembalikan suami saya. Saya sedih atas apa yang berlaku namun reda kejadian berlaku semasa arwah dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga. – Kata Zeti Haryati Hassan isteri arwah.

Dalam perkembangan lain, jenazah Irwan Herman Kamarudin telah selamat dikebumikan semalam 27 Mei 2020 pada jam 4.30 petang dan disolatkan di Masjid Al Raudah Kuantan.

IKLAN

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang cukup benci dengan pemandu mabuk di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas