Connect with us

Oh! Media

Bomoh Indonesia Bantu Palestin, Hantar Roket ‘Ghaib’ ke Israel

Bomoh Indonesia

Umum

Bomoh Indonesia Bantu Palestin, Hantar Roket ‘Ghaib’ ke Israel

Sedang negara Palestin kini sedang diserang oleh rejim zionis israel, sehingga sekarang tidak putus bantuan disalurkan kepada Gaza tidak kiralah dari segi doa serta bantuan kewangan.

Terbaru, terdapat sekumpulan bomoh yang berasal dari Indonesia dikatakan telah membantu Palestin dengan menghantar roket ‘Ghaib’ ke Israel.

Paparan video mengenai bomoh tersebut dimuat naik ke laman YouTube oleh seorang pengguna laman media sosial itu, Kang Ujang Busthomi yang juga merupakan seorang pendakwah bebas di Indonesia.

IKLAN

Kang Ujang telah memuat naik video ni akaun YouTubenya memaparkan dia telah berkunjung ke salah satu kawasan di Indonesia yang mana terdapat 30 orang bomoh sedang melakukan ritual menghantar sihir ke Israel.

Dalam video berdurasi 22 minit yang dimuat naiknya, Kang Ujang berkata dia menerima undangan daripada kumpulan bomoh itu untuk melihat ritual bagaimana mereka membantu Palestin dengan menghantar roket ghaib mereka.

Menurut bomoh tersebut, roket yang dihantar ke Israel itu akan mengambil masa 2 hari untuk sampai selain turut menyediakan jin bagi menjaga Palestin daripada dibedil roket Israel.

Video yang dimuat naik di akuan YouTubenya menggundang komen lucu dari netizen dan sehingga ini, video tersebut telah mendapat lebih dari 600,000 tontonan beserta 30,000 tanda suka.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas