Connect with us

Oh! Media

Ini Pencerahan Pendakwah Tentang Hukum Gosok Gigi Selepas Sahur

A0ef404e bef8 4c36 bf5c df26f889dee5

Oh! Islam

Ini Pencerahan Pendakwah Tentang Hukum Gosok Gigi Selepas Sahur

Kebiasaannya selepas bersahur, pasti ada diantara kita yang menggosok gigi sebelum masuknya waktu Subuh kan. Yelah, kadang-kadang tak selesa jika dibiarkan tidak bergosok.

Namun, ada segelintir orang yang tidak selesa berbuat demikian dan memilih untuk menggosok gigi beberapa ketika selepas makan sahur kerana bimbang termuntah dan sebagainya.

Waktu kita menggosok gigi itu pula dilakukan selepas waktu fajar. Begitupun, acap kali juga kita dengar orang di sekeliling mengatakan makruh jika kita menggosok gigi pada waktu berkenaan tatkala sedang berpuasa. Betul ke?

IKLAN

Menjawab persoalan itu, pendakwah Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Da’i Syafiqah menjelaskan, sebenarnya kita dibolehkan untuk menggosok gigi selepas waktu fajar.

Namun, ada sedikit perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang hukum isu orang yang menggosok gigi selepas tergelincir matahari.

Pendapat pertama mengatakan bahawa boleh sahaja kita menggosok gigi selepas waktu fajar sehinggalah selepas waktu Zuhur iaitu selepas tergelincir matahari

Seandainya seseorang yang berpuasa menggosok gigi selepas waktu Zuhur, maka makruh hukumnya.

Ia bersandarkan kepada sebuah hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada dalam genggaman tangan-NYA, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi ALLAH daripada bau haruman kasturi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis itu, kata Da’i Syafiqah, Mazhab Syafie berpendapat bahawa orang yang menggosok gigi selepas waktu Zuhur akan mengurangkan kelebihan bau mulut orang yang berpuasa.

Kredit: Sinar Plus

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas