Connect with us

Oh! Media

Pelakon Sivaji: The Boss Meninggal Dunia

Vivek Meninggal Dunia

Umum

Pelakon Sivaji: The Boss Meninggal Dunia

Bagi sesiapa yang menonton filem bollywood, sudah semestinya mereka akan mengenali pelakon-pelakon yang melakonkan watak dalam filem tersebut. Lebih-lebih lagi seorang pelakon berbakat yang merupakan pelakon dalam cerita Sivaji: The Boss iaitu Vivek.

Vivekanandan atau dikenali sebagai Vivek dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital di Chennai pada 4.45 pagi, sabtu akibat daripada serangan jantung.

Pelakon yang berumur 59 tahun itu diaporkan mengalami sumbatan pada arteri yang menyebabkan beliau mengalami serangan sakit jantung.

IKLAN

Memetik laporan TimesofIndia, beliau berada di dalam kritikal sehingga petang jumaat dan bergantung kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) selepas menunjukkan ‘sindrom koronari akut dengan kejutan kardiogenik’.

Doktor memaklumkan bahawa Vivek pernah mengadu kepada ahli keluarganya mengenai sakit dadanya sebelum ini. Susulan daripada itu, beliau telah dikejarkan ke wad kecemasan hospital selepas tidak sedarkan diri dan menjalani rawatan angioplasty.

Vivek sebelum ini sudah mendapatkan suntikkan vaksin Covid-19 pada khamis lalu, tetapi kematian beliau bukanlah berpunca daripada vaksin tersebut.

Kredit: mStar, TimesofIndia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas